Sunday, 24 September 2017

Cara Putihkan Kulit Muka Dengan Selamat Tanpa Bahan Kimia Berbahaya

Cara Putihkan Kulit Muka Dengan Selamat Tanpa Bahan Kimia Berbahaya


Memiliki kulit putih dan cerah adalah idaman wanita-wanita Asia. Tak ketinggalan juga wanita di Malaysia ni. Nak nampak jelita macam wanita-wanita di Korea. Cantik kan kulit dorang? Memang cantik sangat. Putih melepak. Gebu lagi. Siapa tak teringin kan?

Masalahnya, bila nak kulit cerah tu dalam tempoh yang singkat. Tak sabar-sabar nak putihkan kulit. Jadinya, sanggup guna kosmetik-kosmetik yang bahaya. Kononnya boleh bagi kesan segera. 

Putih dalam 3 hari.

Cerah dalam seminggu.

Itulah yang wanita mudah terpengaruh. Akhirnya, memang putih pun dalam masa 3 hari. Masalahnya bila berhenti guna produk tu, rosak kulit muka. Sebabnya lapisan paling luar dah dihakis. Umpama kita guna Clorox untuk cuci baju. Begitulah produk kecantikan ini melunturkan kulit kita.

Petua putihkan kulit muka


Apa Bahan Kimia Yang Digunakan Dalam Produk Pemutih Bahaya Untuk Kesihatan


1. Hidrokinon (Hydroquinone)

Bahan kimia ini berfungsi dengan mengurangkan penghasilan melanin supaya kulit kelihatan lebih cerah. Melanin ialah pigmen yang memberi warna lebih gelap kepada kulit manusia, rambut dan mata. Orang berkulit gelap maksudnya pigmen melanin dia lebih banyak berbanding orang kulit cerah.

Penggunaan hidrokinon yang melebihi 2% secara berterusan boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, kerosakan hati dan kanser darah putih.

2. Merkuri

Merkuri ni adalah bahan kimia beracun. Digunakan dalam termomter yang cek suhu tu. Kalau ada kebocoran merkuri, contohnya termometer pecah kena hubungi pihak berkuasa terus. Jangan pandai-pandai nak lap sendiri pulak. Wap dia tu pun dah boleh menyebabkan keracunan.

Merkuri berfungsi untuk mengecilkan saiz jeragat atau kesan-kesan hitam di kulit, tapi sebenarnya benda tu masih ada kat situ. Kalau berhenti pakai produk yang ada merkuri ni, bintik-bintik hitam tu akan kembali, malah mungkin jadi lebih teruk.

Merkuri yang disapu pada kulit akan meresap ke dalam salur darah. Antara kesan bahan kimia ini ialah alahan pada kulit, muntah-muntah dan cirit-birit. Penggunaan yang berpanjang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, kerosakan saraf otak, kanser, Alzheimer, Parkinsin, dan boleh mengganggu perkembangan bayi jika wanita itu mengandung.

3. Rhodamin B

Bahan ini sebenarnya digunakan dalam industri pakaian untuk mewarnakan kain, tapi sekarang dah masuk dalam produk kosmetik.

Fungsinya ialah untuk memberi kesan kemerahan pada wajah.

Kesan rhodamin ialah sesak nafas, kerosakan hati dan kanser.

4. Asid retinoik 

Bahan ini banyak digunakan dalam produk anti-jerawat dan produk pemutih sebab boleh membuatkan kulit menggelupas. Konon-konon bersalin kulit baru. Tapi sebenarnya kulit boleh jadi kering dan rasa terbakar. Dah tentu jadi sensitif bila terkena panasnya matahari.

Selain itu juga, ia bersifat teratogenik iaitu boleh menyebabkan kecacatan bayi.

Walapun terdapat bahan-bahan diatas dalam banyak produk kosmetik berjenama dan dikatakan dalam kuantiti yang selamat, tapi waspadalah sebab bahan kimia tu tetap berbahaya. Kita guna kosmetik tu bukan sehari dua. Mungkin sampai tua kot.

Lagi-lagi kalau yang suka sangat beli produk palsu. Yang tak tau apa benda dicampur dan berapa racun-racun tu.

Sekali pakai memang lah ada perubahan pada muka. Lama-lama penyakit lain pula yang datang.

Bertukarlah Kepada Produk Selamat, Berkualiti Dan Terjamin


Saya percaya semua orang macammana nak cantik pun, mesti akan fikirkan keselamatan dan kesihatan diri terlebih dahulu.

Betul tak?

Jadi, saya nak cadangkan produk yang dijamin selamat dan berkesan.

cerahkan kulit muka

Nampak tak beza wajah mereka? Daripada dulu Dayang Senandung, sekarang dah jadi Snow White. 
Mungkin ambil masa agak lama, tapi sangat berbaloi kerana kesannya berpanjangan dan paling penting produk ini selamat.

Saya gelarkan Set ini  sebagai Set Mencerah Dengan Selamat

Fungsi Setiap Produk Dalam Set Mencerah Dengan Selamat


ESP untuk kulit cantik : protin berkualiti yang membantu pembinaan sel sihat untuk pemulihan lebih cepat.

GLA untuk kulit bebas cela : membantu melembabkan kulit dan mengawal selia masalah hormon.

Kolagen untuk kulit lebih muda : memberi kesan kulit lebih anjal dan tegang dan juga menutup liang-liang pori.

Vitamin C untuk kulit lebih berseri : melindungi kulit dari pencemaran dan kerosakan akibat radikal bebas.


Kulit yang lebih cerah dan kemerah-merahan kita boleh dapatkan apabila bekalkan kulit kita dengan nutrisi yang cukup dan diperlukan. 

Untuk tempahan produk ini atau sebarang info boleh whatsapp Fyda di 012 621 1883



Monday, 18 September 2017

Cara Merawat Kulit Muka Rosak Dan Berjeragat Akibat Bekerja Bawah Matahari

Cara Merawat Kulit Muka Rosak Dan Berjeragat Akibat Bekerja Bawah Matahari


Zaman sekarang wanita lebih lasak. Ramai dah bekerja di lapangan dan perlu berada bawah matahari. Kalau ada yang kerja di ofis pun tetap perlu terdedah kepada matahari. Kita tahu, sinar UV matahari adalah sinar yang boleh merosakkan kulit, menyebabkan kulit sunburn dan mudah naik jeragat.

Sangatlah tak cantik kulit muka tak sekata, jeragat yang tebal dan usia masih muda. 20-an, 30-an dah penuh dengan jeragat. Tentulah kita tak nak kan?

Baru-baru ni bersembang dengan kawan saya. Kata dia, kita ni dah masuk 30-an kena pakai sunblock walaupun kerja dalam ofis. Sebabnya kulit kita dah tak sama macam orang-orang muda. Kolagen dah makin kurang. Dan lampu dalam pejabat tu sebenarnya ada sinaran UV.

Jadi, saya nak kongsikan kisah seorang pengguna suplemen yang berkualiti yang sangat berpuas hati dengan perubahan kulitnya selepas rosak teruk kerana kerja di bawah matahari.



petua hilangkan jeragat


Orang Sangka Umur 40-an, Wanita Bertekad Kembalikan Kecantikan


Saya adalah pengguna tegar Vivix sejak Mei 2017, dulu pernah juga cuba Vivix, tapi konsisten macam sekarang. Kesan Vivix kepada kulit saya tidaklah begitu cepat mungkin sebab saya tidak melindungi kulit dengan sun block bila keluar rumah.
.
ESP dengan Vita C memang supplement harian saya. Dari mula saya bersama Shaklee sampailah sekarang. Ada jugalah stop setahun dua waktu tidak aktif. Masa itu memang nampak muka kusam, tenaga pun entah ke mana.
.
Jadi, mula pada bulan Julai saya ambil Collagen pula. Bertekad mau cantik sudah, sebab disangka umur 40an. Perempuan mana yang tidak suka bercantik? Biarpun saya tidak kisah, tapi untuk suami tercinta mestilah mau cantik kan?
.
30 Julai 2017, saya ambil gambar ini selepas habis 1 kotak Collagen. Sebelum 30/7/17, pori pori saya lagi besar dari ini. Lagi teruklah pendek kata. Jadi saya tambah GLA Complex dari saat itu. Secara tidak langsung, saya amal Set The Radiant 4 bermula dari 30/7/2017.
.
Semakin hari, saya sendiri merasakan kulit muka saya semakin baik. Jeragat semakin berkurang. Dan yang paling saya perasan adalah kulit tidak lagi kusam macam dulu. Belum flawless lagi, tapi nampak perbezaan selepas 1 bulan.
.
Harap testimoni saya ini memberi manfaat kepada yang lain. Jangan putus harapan, cuba The Radiant 4, pasti ada harapan. Tidak cuba, janganlah mengharap.



tips rawat jeragat


Setiap Masalah Ada Penyelesaiannya, Terutamanya Masalah Jeragat


Jeragat memang sukar untuk dihilangkan, tapi dengan cara yang betul, tak mustahil. Asalkan anda jangan putus harapan.

Dapatkan Set Radiant 4 anda sekarang.

Jangan biarkan jeragat berterusan menjejaskan keyakinan diri anda.

Boleh whatsapp Fyda dengan klik link ini ---> http://radiant4untukjeragat.wasap.my

Wednesday, 13 September 2017

Antara Produk Kecantikan Yang Berkesan Dan Selamat Atau Produk Yang Murah, Mana Satu Pilihan Anda?


Antara Produk Kecantikan Yang Berkesan Dan Selamat Atau Produk Yang Murah, Mana Satu Pilihan Anda?

Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkah. Tapi, sebenarnya ramai yang berkira untuk keluarkan duit untuk kecantikan dan kesihatan. Jika kita jaga kesihatan sebenarnya, secara automatik kulit kita pun akan jadi cantik. Tapi, ramai orang saya jumpa sangat berkira untuk belanjakan untuk kesihatan dan kecantikan sendiri.

Apa pendapat anda?

Kalau orang yang betul-betul rasa diri dia berharga, betul-betul nak jaga apa yang dia ada, tak nak tua sebelum masanya, anda percaya tak dorang sanggup habiskan RM5000 sebulan? Untuk barang-barang kecantikan sahaja. Malah lebih daripada tu pun ada.

Terkejut?

Saya pun terkejut, tapi itulah hakikatnya orang banyak duit. Mereka akan cari produk yang berkualiti, mahal pun tak apa. Asalkan berkesan dan tidak berbahaya kepada mereka.

Kadang-kadang kita rasa kita guna kosmetik atau skin care yang murah-murah cukuplah. Kita bukannya sapa-sapa pun. Tapi bila kira-kira balik rupanya lagi mahal daripada yang kita kata mahal. Sebabnya cepat habis. Balik-balik kena beli. Dan tak berkesan pula. Sedangkan produk yang kita mahal tu lagi tahan lama dan berkesan.

Kalau tak berkesan ok lagi. Kalau ada bahan berbahaya? Kita nak jaga kesihatan kulit, tapi rupanya lebih terdedah kepada kerosakan. 


produk kecantikan selamat dan berkesan


Jadi, pilih baik-baik produk kecantikan anda ya.

Sempena promosi Shaklee bulan ini, iaitu produk untuk kecantikan. Saya nak cadangkan lah produk yang selamat dan berkesan. 

Kenapa saya percaya sangat produk Shaklee ni? Semua produk Shaklee sebelum dipasarkan perlu menjalani ujian yang ketat. Untuk uji keberkesanan dan kualitinya. Jadi, yang ada di pasaran tu dah diuji dan selamat.

Produk Shaklee juga dijamin berkesan jika digunakan dengan konsisten. Tapi bila nak berkesan tu bergantung kepada badan masing-masing lah. 

Ada 4 suplemen yang Shaklee sediakan untuk kesihatan dan kecantikan kulit kiita.

Kenapa Sampai 4? Banyaknya......!!!!

Ada sebab kenapa Shaklee cadangkan 4 suplemen ni. Sebab setiap suplemen tu menjalankan fungsi berbeza. 

Jom tengok fungsi setiap 1 produk dalam set ini.

1. ESP  


Minuman protein lengkap dengan semua amino asid untuk membina sel baru dan gantikan sel mati. Sel kulit kita bertukar dalam 24-28 hari. Nak buat sel baru tu, mesti cukup nutrisi dia, terutamanya asid amino yang menjadi asas pembinaan DNA.

2. Kolagen 


Semua tahu kebaikan kolagen untuk kulit. Kalau nak tahu, kolagen ni dia bagi anjal kulit kita. Macam kulit baby. Ada toink toink efek bila ditekan. 

3. Vitamin C 


Adalah antioksida yang memusnahkan radikal bebas yang merosakkan kulit kita. Kalau radikal bebas berlebihan tu yang jadi kulit kering, kusam & berkedut.

4. GLA 


Asid lemak omega-6 yang merupakan anti radang yang baik dan bantu melembapkan kulit.


Ni kira nutrisi yang asas la untuk kesihatan kulit. Tapi sebenarnya untuk berfungsi dengan baik, sel kita perlukan pelbagai nutrien. Untuk kesihatan kulit, bolehlah konsisten keempat-empat suplemen ini.

Kalau dah cukup nutrisi untuk kulit, tunggu jelah kulit kemerahan-merahan, pinkish. Masa tu tak perlu mekap tebal-tebal pun dan nampak cantik dan glowing.

Natural beauty gittew..

Kalau ada yang nak kahwin ke hujung tahun, atau nak wajah yang glowing menjelang tahun baru memang patut mulakan sekarang. Untuk menunjukkan kesan yang baik, dia akan ambil masa juga. Bila sampai hari bahagia tu, ngam-ngamlah kulit pun dah cantik.

Bulan ni ada promo pula tu. Memang ngam sangat nak try The Radiant 4. Itulah nama yang Shaklee bagi. Sebab memang kulit berseri dan glowing punya.

Pengalaman Pengguna The Radiant 4 Yang Sangat Berpuas Hati

hilangkan jerawat dengan cepat


Seorang pengguna set Radiant 4 selama 3 bulan mendapat perubahan yang ketara pada kulit mukanya. Kalau sebelum tu, berjerawat, berminyak. Tapi lepas penggunaaan yang konsisten, nampak kan perubahan mukanya. Licin, berseri. Mekap pun tak perlu tebal-tebal.

Boleh hubungi saya sekarang untuk info lanjut dan order. 

www.wasap.my/60126211883


Saturday, 11 June 2016

Kolagen Yang Paling Berkesan Untuk Wanita Asia

Kolagen Yang Paling Berkesan Untuk Wanita Asia


Kolagen adalah antara topik yang hangat dalam dunia kecantikan, terutamanya kepada kaum wanita yang rata-rata fitrahnya untuk kelihatan cantik dan muda daripada usia. Sekarang ni, bukan saja wanita, malah lelaki pun dah mula menunjukkan minat kerana kolagen bukan sahaja diperlukan untuk keanjalan kulit.

Apa sebenarnya kolagen? Adakah anda rasa dah tahu sepenuhnya tentang kolagen? Adakah benar apa yang anda tahu? Teruskan membaca ya..

Perbezaan kulit yang cukup kolagen dan kurang kolagen

Kolagen adalah kumpulan protein semulajadi yang terdapat dalam tisu haiwan, yang merupakan protein paling banyak dalam tisu. Dalam tisu mamalia, kolagen mewakili 25-35% daripada keseluruhan protein badan. Manakala kulit kita pula mengandungi 70% kolagen. Sinaran UV, pencemaran, merokok, minuman alkohol, sinus dan diet yang kurang protein dan kurang air menyumbang kepada kemusnahan kolagen dalam dalam kita. Jadi, tak hairanlah kalau kulit kita sangat terkesan jika kolagen kurang, sebab begitu banyak kolagen dalam lapisan kulit.

Kolagen terletak dalam lapisan kulit dalam, yang dikenali sebagai dermis yang bertanggungjawab membina jaringan kulit agar sentiasa kekal anjal, lembut, lembap dan gebu. Tapi anda mungkin tak tahu bahawa kolagen tidak kekal dalam kulit dengan sendirinya? Ia memerlukan bantuan bahan-bahan lain seperti asid hyaluronik dan elastin.

Namun, dengan peningkatan usia, kolagen akan mula berkurang bermula pada usia 25 tahun, yang mana 1.5% jumlah keseluruhan kolagen akan berkurang. Maknanya apabila usia 60 tahun, 50% kolagen telah pun hilang. Ini menjelaskan kenapa kulit mula kendur, kusam dan berpigmentasi apabila seseorang mencecah usia 30-an. Paling ketara tentu sekali wanita. Proses ini berlaku secara semulajadi dan turut dipengaruhi oleh perubahan hormon, jadi sebab itu wanita lebih berisiko kerana hampir semua sistem badan mereka dipengaruhi oleh hormon estrogen.

Tapi, masalahnya sekarang proses ini menjadi lebih cepat kerana kolagen dimusnahkan oleh radikal bebas yang terdapat di sekeliling kita termasuk pencemaran, makanan dan juga kosmetik.

Oleh sebab itu, bagi wanita mahupun lelaki yang mementingkan penampilan, terutamanya apabila kerjaya anda memerlukan ketrampilan yang menarik sudah tentu penampilan wajah dan kulit sangat penting untuk menjadikan anda lebih yakin. Kolagen adalah salah 1 bahan yang perlu dipertimbang kerana kolagen penting dalam pemulihan kulit yang rosak termasuk pembaikan parut dan lecur.

Memang tubuh akan berusaha memulihkan struktur kulit agar kekal seperti normal jika terdapat luka atau masalah jerawat. Namun, jika kolagen mula berkurang, agak mustahil untuk kulit kembali seperti pulih seperti sebelumnya. Ini menjelaskan kejadian parut yang tebal dan hodoh. Bagi mengatasi masalah ini, kolagen diperlukan untuk memulihkan kulit supaya parut menjadi lebih samar dan licin. Walaupun mungkin tak boleh membantu sepenuhnya, namun sekurang-kurangnya penampilan lebih baik. Namun, kolagen berlebihan juga alamat tidak baik kerana boleh menyebabkan parut membesar yang dipanggil keloid.

Ada satu fakta yang ramai tak tahu ialah, kolagen bukan sahaj ada pada kulit tapi hampir setiap tisu badan yang mengandungi tisu sambungan (connective tissue) dan setiap tisu mempunyai jenis kolagen berbeza mengikut fungsinya. Sehingga kini, saintis telah mengenalpasti sehingga 28 jenis kolagen dan dan 5 daripadanya adalah yang paling utama dalam badan, iaitu Jenis 1-5.

Jenis 1
Mewakili 90% daripada jumlah kesemua kolagen .
Terdapat dalam tulang, tendon dan kulit.

Jenis 2
Terdapat dalam rawan sendi

Jenis 3
Terdapat dalam tisu sambungan

Jenis 4
Penting untuk binaan asas membran sel

Jenis 5
Terdapat pada permukaan sel, rambut dan uri.

Kelima-lima jenis kolagen yang terdapat pada bahagian tubuh yang dinyatakan penting untuk menjadikan fungsi organ tersebut kekal normal dan baik. Namun, dengan peningkatan usia dan pendedahan kepada radikal bebas, kolagen ini terdedah kepada kerosakan.

Jadi, tak hairanlah jika sakit sendi, sakit badan, kulit kusam malah osteoporosis akan berlaku. Tapi yang biasa kita nampak, tentulah kesannya kepada kulit. Jadi, masalah ini boleh diatasi dengan pengambilan suplemen kolagen daripada luar.

Produk kolagen biasanya diproses daripada kulit mamalia atau sisik ikan. Sumber daripada sisik ikan lebih menjadi pilihan kerana lebih mudah diestrak dan proses penghasilannya tidak begitu rumit berbanding haiwan mamalia kerana turut melibatkan soal halal.

Kolagen sisik ikan diekstrak daripada sisik ikan laut atau air tawar. Namun begitu ikan laut dalam menjadi pilihan kerana bebas daripada pencemaran dan tahan lasak kerana boleh bertahan dalam tekanan tinggi.

Dos pengambilan sehari untuk menggantikan kolagen dalam badan dan membaiki kerosakan sel adalah antara 5000mg hingga 10,000mg sehari. Malah ada yang mengambil lebih bergantung kepada keperluan. Namun, kolagen yang berlebihan akan dibuang melalui air kencing kerana kolagen adalah bahan larut air.

Di Malaysia memang banyak sangat produk kolagen di pasaran dan dikeluarkan oleh orang Malaysia sendiri. Tapi, anda mesti tertanya-tanya apa produk kolagen yang terbaik untuk kegunaan wanita Asia. Kolagen yang menjadi pilihan saya ialah:

Kolagen Powder Shaklee

1.Dikaji secara khusus untuk kesesuaian wanita Asia. Satu-satunya kolagen di Malaysia yang dibuktikan keberkesanannya melalui kajian klinikal. Shaklee malah menjamin struktur kulit akan berubah lebih baik sebanyak 71% dalam 8 minggu.

2.Mempunyai berat molekular yang rendah yang memudahkan penyerapannya, iaitu hanya kira-kira 1000 Dalton sahaja.

3.Diekstrak daripada bahan semulajadi, termasuk :
  • Sisik ikan merah - Sumber kolagen premium dengan kadar penyerapan yang lebih tinggi berbanding kolagen haiwan lain. Ikan merah juga adalah ikan laut dalam yang tahan tekanan tinggi dan bebas pencemaran.
  • Ekstrak biji Camelia japonica - Mengandungi antikoksida semulajadi yang mampu mengurangkan tindakan tindakan radikal bebas kepada kulit. Terdiri daripada asid oleic, emolien dan isoflavon yang merupakan agen pelembap kulit yang hebat.
  • Ekstrak Pfaffia (ginseng Brazil) - Membantu penghasilan kolagen dan asdi hyaluronik yang memerangkap kelembapan dan menjadikan kulit lebih lembut dan licin. Bila bergabung dengan biji Camelia japonica memang ohsem la.
  • Ekstrak kekerang - Membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan daripada mata yang tidak selesa.
  • Lactobacillus acidopphilus - Merupakan bakteria baik atapun probiotik yang membina usus yang sihat dan mengimbang mikroflora usus bagi meningkatkan penyerapan kolagen.
Kajian dilakukan untuk menjamin kolagen Shaklee benar-benar berkesan


4.Kolagen Shaklee adalah dalam bentuk serbuk yang mudah larut. Setiap kotak mengandungi 15 sachet dengan 15mg serbuk kolagen.

5.Untuk kesan yang optimum, dicadangkan mengambil 1 sachet setiap hari. Jadi untuk 1 kotak, penggunaannya ialah untuk 15 hari. Kalau nak guna sebulan, boleh ambil selang sehari.

6.Sebaiknya diminum pada waktu malam kerana waktu malam adalah waktu pembinaan semula kulit dengan perut kosong untuk penyerapan lebih baik.

7.Boleh dibancuh dengan air masak atau jus kegemaran anda, tetapi bukan minuman berkafein atau minuman panas. Kegemaran saya tentulah kolagen dengan ESP.

8.Harga kolagen Shaklee adalah sangat berpatutan dengan kualitinya. Produk ini dijamin berkesan, halal dan selamat. Harganya ialah RM 238 sekotak. Mahal ke? Sebenarnya setara dengan kualiti. Sumber ikan laut sukar untuk diperoleh dan kualitinya sentiasa dijaga dalam proses penghasilan. Lagipun, ada yang sudah rasa kesannya dalam 5 hari sahaja.

Kalau nak dapatkan kolagen terbaik untuk wanita Asia ini boleh whatsapp saya di
012 621 1883.

Tak lama lagi nak raya dah, mesti kebabommm




Saturday, 30 May 2015

Kesan Suntikan Vitamin C Untuk Kecantikan, Tapi Kenapa KKM Melarang?

Kesan Suntikan Vitamin C Untuk Kecantikan, Tapi Kenapa KKM Melarang?


Macam cantik je, macam comel je.....

Memang menjadi lumrah setiap manusia, terutamanya wanita inginkan kulit yang licin dan gebu. Yang mengejutkan, ramai wanita yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai impian tersebut, termasuklah menyuntik bahan-bahan yang dipercayai boleh mempercepat proses kecantikan. Antaranya ialah vitamin C.

Suntikan vitamin C memang semakin meningkat naik, namun yang menjadi masalah suntikan ini tidak diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan, malah pegawai perubatan kerajaan tidak dibenarkan untuk memberikan suntikan.

Saya rasalah, kalau ada permintaan, sudah tentu ada pihak yang dengan relanya menawarkan perkhidmatan, sama ada di klinik-klinik swasta, pusat-pusat kecantikan, malah saya sangat terkejut apabila vitamin C ini dijual secara online. Jadi, siapa lagi yang menyuntiknya kalau bukan diri sendiri atau kawan-kawan yang mungkin tidak pernah belajar bagaimana untuk memberikan suntikan yang betul dan selamat.

Vitamin C dalam dos yang besar dikatakan boleh membantu pesakit 

Vitamin C dan suntikan


Mengapa suntikan vitamin C dipercayai boleh membantu dalam kecantikan? Vitamin C adalah salah satu vitamin larut air dan terkandung dalam buah-buahan dan sayur-sayuran yang dimakan. Vitamin C mempunyai fungsi antioksida untuk melawan tindakan bebas dan merangsang penghasilan kolagen walaupun tidak diketahui mekanisme sebenar.

Selain itu, vitamin C juga adalah zat penting yang membantu tumbesaran badan dan kesihatan gusi dan tulang serta proses penyembuhan luka.

Ujian klinikal terhadap suntikan vitamin C


1. Suntikan vitamin C sebenarnya diberi untuk merawat penyakit skurvi, iaitu kekurangan vitamin C yang menyebabkan gusi berdarah. Menurut kajian yang dijalankan Jabatan Penilaian Teknologi Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (MahTAS), tiada bukti kukuh yang menunjukkan suntikan vitamin C berkesan terhadap kecantikan kulit. Baik untuk tujuan awet muda, cegah kedut dan pemutihan, suntikan vitamin C belum benar-benar dibuktikan keberkesanannya untuk kecantikan.

2. Dari segi keselamatan, Biro Kawalan Farmasi Kebangsaan (NPBC) tidak membenarkan sebarang bentuk suntikan vitamin C untuk tujuan kosmetik. Di Amerika Syarikat, USFDA juga tidak mengiktiraf suntikan vitamin C sebagai anti penuaan, anti kedut atau pemutih kulit.

Kesan sampingan yang perlu difikirkan


1. Pendarahan pada tempat yang disuntik atau risiko tersalah cucuk.

Untuk suntikan dalam saluran darah, vena pada bahagian antecubital fossa, iaitu pelipat siku ataupun salur darah pada bahagian kura-kura tangan kerana venanya hanya di bawah kulit dan nampak ketara. Namun, jika tidak disuntik dengan betul, risiko pendarahan dan dan darah beku (thrombosis) dalam saluran darah jika pendarahan tidak dihentikan dengan betul dan boleh menganggu perjalanan darah.

Untuk suntikan ke dalam salur darah, saya lebih suka untuk menyuntik salur darah pada kura-kura tangan kerana jauh daripada arteri (salur darah yang membawa oksigen) kerana jika tersalah cucuk ke dalam arteri, pendarahan sukar dihentikan dan jika darah beku terjadi, ia boleh dibawa bersama ke dalam saluran darah dan menganggu pengaliran darah juga.

2. Salur darah menjadi keras

Setiap kali salur darah dicucuk, sebenarnya proses itu melukakan salur darah tersebut dan menyebabkan parut. Parut ni kita tahulah kan, adalah satu tisu yang keras. Jadi, jika terlalu banyak dicucuk pada tempat sama, salur darah boleh menjadi keras dan susah untuk disuntik.

3. Jangkitan pada kulit dan salur darah

Pada kulit kita memang terdapat banyak kuman. Jika kawasan untuk disuntik tidak dibersihkan dengan betul, risiko untuk kuman masuk ke dalam salur darah adalah tinggi dan boleh menyebabkan jangkitan pada kulit.

4. Air embolism (embolism angin)

Kalau nak suntik pun, pastikan dapat suntikan daripada orang yang tahu asas menyuntik kerana kebiasannya, branula ataupun jarum yang dipanggil 'butterfly' digunakan untuk menyuntik dalam saluran darah. Jarum ini mempunyai ruang kosong yang lebih panjang yang diisi dengan udara.

Jika udara tidak disingkirkan sebelum menyuntik vitamin C ke dalam darah, risiko udara itu akan masuk ke dalam saluran darah. Oleh kerana udara tidak larut dalam darah, maka ia boleh menghalang kelancaran perjalanan darah.

Sebenarnya dalam kes ini, risiko ini sangat rendah kerana kalau udara masuk pun sikit saja,l dan akan bercampur dengan udara lain dalam paru-paru.

Namun, sebagai langkah berjaga-jaga, tolak picagari sehingga terkeluar sedikit cecair vitamin C itu. Membazir sikit tak apala, asalkan nyawa terjaga.

KKM telah memberi amaran bahawa suntikan vitamin C tidak diiktiraf


Kesimpulannya, dalam hal suntik-menyuntik vitamin C ini, sains belum membuktikan keberkesannya, namun hanya orang yang pernah menggunakan tahu kesannya terhadap diri mereka. Namun, Islam melarang perbuatan yang sia-sia lebih-lebih lagi yang mempunyai risiko untuk memudaratkan diri. Jadi, sehingga suntikan ini dibuktikan berkesan, apa kata kita jauhi dulu dan gunakan cara yang lebih selamat dan tanpa risiko.

Kalau nak kulit yang cantik dan sihat dengan selamat dan tanpa kesan sampingan, anda boleh hubungi saya. In sha Allah, kita sama-sama bincang dan cari penyelesaian terbaik sebab saya pun nak cantik macam anda juga. Fyda (012 621 1883)




Sunday, 24 May 2015

Tips Cerahkan Kulit Muka Dengan Cepat Dan Selamat

Tips Cerahkan Kulit Muka Dengan Cepat Dan Selamat


Nak buat bisnes memang tak senang, nak buka mulut cerita kat orang pasal bisnes kita pun bukan mudah. Jadi, apa yang saya buat ialah saya bawa beg Shaklee pergi tempat kerja. Salah seorang rakan tempat kerja nampak, terus dia tanya adakah saja ejen Shaklee. Memang berbunga-bunga lah kan?

Akhirnya dia nak oder vitamin C kerana sebelum ini dia ada makan vitamin C jenama lain. Katanya nak cuba Shaklee pula. Kawan saya tu memang dah cerah kulit dia, memang dah putih pun. Tapi katanya, nak makan vitamin C untuk cerahkan kulit. Tak tau lah nak cerah macammana lagi.

2 minggu lepas tu, kalau tak silap, ragu-ragu juga saya tanya dia ada perubahan tak lepas makan vitamin C Shaklee. Agak lama dia berfikir, akhirnya dia cakap, "Macam tak ada, tapi saya rasa kulit lengan saya makin putih.."

Apa?

Kalau orang tu dah putih, tapi boleh cakap dia makin lagi putih. Maknanya menjadilah tu.

Cerahkan kulit muka dengan cepat dan sihat


Sebenarnya vitamin C untuk mencerahkan kulit bukan lagi rahsia, semua orang pun tahu. Cuma ada cara pengambilan untuk menjadikannya lebih berkesan. Tapi, minta maaf saya hanya kongsi rahsia dengan orang yang beli daripada saya saja.

Tak apa, biar saya cerita dulu tentang vitamin C Shaklee yang gempak dan best sangat ni. Vitamin C Shaklee dicipta secara 'sustained-released'. Maksudnya dia akan dibebaskan untuk kegunaan badan bila diperlukan.

Teknologi inilah yang mencerahkan kulit awak-awak semua. Vitamin C Shaklee ada 500mg, setiap 100mg akan dibebaskan setiap 1 jam, Maknanya vitamin ni akan berada dalam badan selama 5 jam. Sebab itu vitamin C Shaklee kekal lama.

Vitamin C ni berbeza sangat dengan produk lain kerana ia akan diserap dan digunakan sepenuhnya. Jadi, tak adalah yang akan dibazirkan melalui air kencing. Sebab vitamin C ialah vitamin larut air, jadi kalau ada yang tak diguna dia akan dibuang.

Antara fungsi vitamin C yang membantu untuk mencerahkan kulit awak ialah:


  • Meningkatkan penghasilan kolagen
  • Memudarkan jerawat
  • Menguatkan sistem imun dan menghalang jangkitan bakteria pada kulit
  • Sebagai antioksida yang melawan radikal bebas yang merosakkan kulit
  • Mengelakkan penghasilan jeragat
Makan kan senang? Tak payah cucuk-cucuk vitamin C. Sakit lagi tu.

Kalau nak cerahkan kulit dengan selamat, atau saja-saja nak sembang boleh hubungi saya (Fyda : 012 621 1883)


Monday, 27 April 2015

kulit bebas masalah resdung,jerawat,kusam dan bintik putih




Jerawat ? siapa yang akan suka ? rasa-rasa semua orang tidak suka mahupun lelaki kerana akan membuat wajah kita seperti bulan berlubang  . Bila mekaup pun tetap nampak berlubang memang tak cantik sebab tak nampak natural .siapa la jenis macam ni ? cepat mengaku .

 Amy pernah rasa bila jerawat bawa geng keturunan dia,memang tak suka betul dah lah amy ni jenis tangan tak reti duduk diam memang nak picit jela ,bila amy picit jerawat bukan makin berkurang tapi betambah besar ! menyeramkan rasa nak menangis jer .


Amy ni bukan mengalami masalah jerawat je tahu banyak sangat .pori besar ? bintik putih ?bintik hitam? jerawat pasir ? kulit kusam ? kulit kering ? cakap je masalah apa  memang kebanyakan amy sudah mengalami .

Tambahan lagi, amy mempunyai masalah  resdung yang kuat,bila amy nak tarik nafas Ya Allah memang perit kawasan kepala siapa yang mempunyai resdung yang kuat dia akan rasa apa yang amy rasa .Bersih? yang ni memang kita tidak boleh lari apabila mengalami masalah resdung lagi-lagi bila pagi lagi seksa hidung amy kadang rasa pedih bahagian depan hidung sebab terlalu banyak selsema dan bersih. 



Dengan penuh keyakinan terhadap produk shaklee kerana halal dan semulajadi amy mencuba Tapi sebelum mencuba produk amy akan mengkaji produk dalam berbulan-bulan untuk memastikan keselamatan diri,yela kita ni sebagai pengguna harus mengambil berat tentang bahan yang digunakan untuk kesihatan.  Amy mencuba produk set kecantikan D(b,c,e) dan esp memang power betul kebanyakan masalah amy semakin berkurangan tetapi tetap kena mengambil masa ,sebab amy ni memang lambat dapat kesan >.< . 

Masalah kulit kusam ? tidak lagi dengan penuh keyakinan amy keluar tidak memakai apa-apa.katakan tidak pada bedak compact ! dapat jimat duit amy .Pengalaman balik kampung seminggu tanpa bawa pencuci muka kerana mendapat panggilan dari kampung bahawa wan meninggal dunia, apa lagi pukul 12 am,abah suruh bersiap balik kampung dengan keadaan ingin cepat semua boleh lupa.vitamin kesayangan lupa ? pencuci muka lupa ? baju kurung terlupa ? nampak disitu berkejar-kejaran .Dah duduk kampung seminggu dekat kampung tetap ramai orang puji amy walaupun amy tidak pakai pencuci muka ,ramai orang tanya kenapa kulit licin sangat ? tak ada jerawat pun ? tak ada parut pun ?tahu jela bila ahli keluarga meninggal mestilah ramai orang datang membantu buat kenduri tahlil. tapi amy hanya mampu senyum jela .Nanti amy cerita kelebihan yang banyak amy dapat . Tunggu !!












Jika ingin bertanya boleh
sms/whatsapp 01126070276
facebook Amie Farhana
no ID 1169011