Saturday, 30 May 2015

Kesan Suntikan Vitamin C Untuk Kecantikan, Tapi Kenapa KKM Melarang?

Kesan Suntikan Vitamin C Untuk Kecantikan, Tapi Kenapa KKM Melarang?


Macam cantik je, macam comel je.....

Memang menjadi lumrah setiap manusia, terutamanya wanita inginkan kulit yang licin dan gebu. Yang mengejutkan, ramai wanita yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai impian tersebut, termasuklah menyuntik bahan-bahan yang dipercayai boleh mempercepat proses kecantikan. Antaranya ialah vitamin C.

Suntikan vitamin C memang semakin meningkat naik, namun yang menjadi masalah suntikan ini tidak diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan, malah pegawai perubatan kerajaan tidak dibenarkan untuk memberikan suntikan.

Saya rasalah, kalau ada permintaan, sudah tentu ada pihak yang dengan relanya menawarkan perkhidmatan, sama ada di klinik-klinik swasta, pusat-pusat kecantikan, malah saya sangat terkejut apabila vitamin C ini dijual secara online. Jadi, siapa lagi yang menyuntiknya kalau bukan diri sendiri atau kawan-kawan yang mungkin tidak pernah belajar bagaimana untuk memberikan suntikan yang betul dan selamat.

Vitamin C dalam dos yang besar dikatakan boleh membantu pesakit 

Vitamin C dan suntikan


Mengapa suntikan vitamin C dipercayai boleh membantu dalam kecantikan? Vitamin C adalah salah satu vitamin larut air dan terkandung dalam buah-buahan dan sayur-sayuran yang dimakan. Vitamin C mempunyai fungsi antioksida untuk melawan tindakan bebas dan merangsang penghasilan kolagen walaupun tidak diketahui mekanisme sebenar.

Selain itu, vitamin C juga adalah zat penting yang membantu tumbesaran badan dan kesihatan gusi dan tulang serta proses penyembuhan luka.

Ujian klinikal terhadap suntikan vitamin C


1. Suntikan vitamin C sebenarnya diberi untuk merawat penyakit skurvi, iaitu kekurangan vitamin C yang menyebabkan gusi berdarah. Menurut kajian yang dijalankan Jabatan Penilaian Teknologi Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (MahTAS), tiada bukti kukuh yang menunjukkan suntikan vitamin C berkesan terhadap kecantikan kulit. Baik untuk tujuan awet muda, cegah kedut dan pemutihan, suntikan vitamin C belum benar-benar dibuktikan keberkesanannya untuk kecantikan.

2. Dari segi keselamatan, Biro Kawalan Farmasi Kebangsaan (NPBC) tidak membenarkan sebarang bentuk suntikan vitamin C untuk tujuan kosmetik. Di Amerika Syarikat, USFDA juga tidak mengiktiraf suntikan vitamin C sebagai anti penuaan, anti kedut atau pemutih kulit.

Kesan sampingan yang perlu difikirkan


1. Pendarahan pada tempat yang disuntik atau risiko tersalah cucuk.

Untuk suntikan dalam saluran darah, vena pada bahagian antecubital fossa, iaitu pelipat siku ataupun salur darah pada bahagian kura-kura tangan kerana venanya hanya di bawah kulit dan nampak ketara. Namun, jika tidak disuntik dengan betul, risiko pendarahan dan dan darah beku (thrombosis) dalam saluran darah jika pendarahan tidak dihentikan dengan betul dan boleh menganggu perjalanan darah.

Untuk suntikan ke dalam salur darah, saya lebih suka untuk menyuntik salur darah pada kura-kura tangan kerana jauh daripada arteri (salur darah yang membawa oksigen) kerana jika tersalah cucuk ke dalam arteri, pendarahan sukar dihentikan dan jika darah beku terjadi, ia boleh dibawa bersama ke dalam saluran darah dan menganggu pengaliran darah juga.

2. Salur darah menjadi keras

Setiap kali salur darah dicucuk, sebenarnya proses itu melukakan salur darah tersebut dan menyebabkan parut. Parut ni kita tahulah kan, adalah satu tisu yang keras. Jadi, jika terlalu banyak dicucuk pada tempat sama, salur darah boleh menjadi keras dan susah untuk disuntik.

3. Jangkitan pada kulit dan salur darah

Pada kulit kita memang terdapat banyak kuman. Jika kawasan untuk disuntik tidak dibersihkan dengan betul, risiko untuk kuman masuk ke dalam salur darah adalah tinggi dan boleh menyebabkan jangkitan pada kulit.

4. Air embolism (embolism angin)

Kalau nak suntik pun, pastikan dapat suntikan daripada orang yang tahu asas menyuntik kerana kebiasannya, branula ataupun jarum yang dipanggil 'butterfly' digunakan untuk menyuntik dalam saluran darah. Jarum ini mempunyai ruang kosong yang lebih panjang yang diisi dengan udara.

Jika udara tidak disingkirkan sebelum menyuntik vitamin C ke dalam darah, risiko udara itu akan masuk ke dalam saluran darah. Oleh kerana udara tidak larut dalam darah, maka ia boleh menghalang kelancaran perjalanan darah.

Sebenarnya dalam kes ini, risiko ini sangat rendah kerana kalau udara masuk pun sikit saja,l dan akan bercampur dengan udara lain dalam paru-paru.

Namun, sebagai langkah berjaga-jaga, tolak picagari sehingga terkeluar sedikit cecair vitamin C itu. Membazir sikit tak apala, asalkan nyawa terjaga.

KKM telah memberi amaran bahawa suntikan vitamin C tidak diiktiraf


Kesimpulannya, dalam hal suntik-menyuntik vitamin C ini, sains belum membuktikan keberkesannya, namun hanya orang yang pernah menggunakan tahu kesannya terhadap diri mereka. Namun, Islam melarang perbuatan yang sia-sia lebih-lebih lagi yang mempunyai risiko untuk memudaratkan diri. Jadi, sehingga suntikan ini dibuktikan berkesan, apa kata kita jauhi dulu dan gunakan cara yang lebih selamat dan tanpa risiko.

Kalau nak kulit yang cantik dan sihat dengan selamat dan tanpa kesan sampingan, anda boleh hubungi saya. In sha Allah, kita sama-sama bincang dan cari penyelesaian terbaik sebab saya pun nak cantik macam anda juga. Fyda (012 621 1883)




Sunday, 24 May 2015

Tips Cerahkan Kulit Muka Dengan Cepat Dan Selamat

Tips Cerahkan Kulit Muka Dengan Cepat Dan Selamat


Nak buat bisnes memang tak senang, nak buka mulut cerita kat orang pasal bisnes kita pun bukan mudah. Jadi, apa yang saya buat ialah saya bawa beg Shaklee pergi tempat kerja. Salah seorang rakan tempat kerja nampak, terus dia tanya adakah saja ejen Shaklee. Memang berbunga-bunga lah kan?

Akhirnya dia nak oder vitamin C kerana sebelum ini dia ada makan vitamin C jenama lain. Katanya nak cuba Shaklee pula. Kawan saya tu memang dah cerah kulit dia, memang dah putih pun. Tapi katanya, nak makan vitamin C untuk cerahkan kulit. Tak tau lah nak cerah macammana lagi.

2 minggu lepas tu, kalau tak silap, ragu-ragu juga saya tanya dia ada perubahan tak lepas makan vitamin C Shaklee. Agak lama dia berfikir, akhirnya dia cakap, "Macam tak ada, tapi saya rasa kulit lengan saya makin putih.."

Apa?

Kalau orang tu dah putih, tapi boleh cakap dia makin lagi putih. Maknanya menjadilah tu.

Cerahkan kulit muka dengan cepat dan sihat


Sebenarnya vitamin C untuk mencerahkan kulit bukan lagi rahsia, semua orang pun tahu. Cuma ada cara pengambilan untuk menjadikannya lebih berkesan. Tapi, minta maaf saya hanya kongsi rahsia dengan orang yang beli daripada saya saja.

Tak apa, biar saya cerita dulu tentang vitamin C Shaklee yang gempak dan best sangat ni. Vitamin C Shaklee dicipta secara 'sustained-released'. Maksudnya dia akan dibebaskan untuk kegunaan badan bila diperlukan.

Teknologi inilah yang mencerahkan kulit awak-awak semua. Vitamin C Shaklee ada 500mg, setiap 100mg akan dibebaskan setiap 1 jam, Maknanya vitamin ni akan berada dalam badan selama 5 jam. Sebab itu vitamin C Shaklee kekal lama.

Vitamin C ni berbeza sangat dengan produk lain kerana ia akan diserap dan digunakan sepenuhnya. Jadi, tak adalah yang akan dibazirkan melalui air kencing. Sebab vitamin C ialah vitamin larut air, jadi kalau ada yang tak diguna dia akan dibuang.

Antara fungsi vitamin C yang membantu untuk mencerahkan kulit awak ialah:


  • Meningkatkan penghasilan kolagen
  • Memudarkan jerawat
  • Menguatkan sistem imun dan menghalang jangkitan bakteria pada kulit
  • Sebagai antioksida yang melawan radikal bebas yang merosakkan kulit
  • Mengelakkan penghasilan jeragat
Makan kan senang? Tak payah cucuk-cucuk vitamin C. Sakit lagi tu.

Kalau nak cerahkan kulit dengan selamat, atau saja-saja nak sembang boleh hubungi saya (Fyda : 012 621 1883)


Monday, 27 April 2015

kulit bebas masalah resdung,jerawat,kusam dan bintik putih




Jerawat ? siapa yang akan suka ? rasa-rasa semua orang tidak suka mahupun lelaki kerana akan membuat wajah kita seperti bulan berlubang  . Bila mekaup pun tetap nampak berlubang memang tak cantik sebab tak nampak natural .siapa la jenis macam ni ? cepat mengaku .

 Amy pernah rasa bila jerawat bawa geng keturunan dia,memang tak suka betul dah lah amy ni jenis tangan tak reti duduk diam memang nak picit jela ,bila amy picit jerawat bukan makin berkurang tapi betambah besar ! menyeramkan rasa nak menangis jer .


Amy ni bukan mengalami masalah jerawat je tahu banyak sangat .pori besar ? bintik putih ?bintik hitam? jerawat pasir ? kulit kusam ? kulit kering ? cakap je masalah apa  memang kebanyakan amy sudah mengalami .

Tambahan lagi, amy mempunyai masalah  resdung yang kuat,bila amy nak tarik nafas Ya Allah memang perit kawasan kepala siapa yang mempunyai resdung yang kuat dia akan rasa apa yang amy rasa .Bersih? yang ni memang kita tidak boleh lari apabila mengalami masalah resdung lagi-lagi bila pagi lagi seksa hidung amy kadang rasa pedih bahagian depan hidung sebab terlalu banyak selsema dan bersih. 



Dengan penuh keyakinan terhadap produk shaklee kerana halal dan semulajadi amy mencuba Tapi sebelum mencuba produk amy akan mengkaji produk dalam berbulan-bulan untuk memastikan keselamatan diri,yela kita ni sebagai pengguna harus mengambil berat tentang bahan yang digunakan untuk kesihatan.  Amy mencuba produk set kecantikan D(b,c,e) dan esp memang power betul kebanyakan masalah amy semakin berkurangan tetapi tetap kena mengambil masa ,sebab amy ni memang lambat dapat kesan >.< . 

Masalah kulit kusam ? tidak lagi dengan penuh keyakinan amy keluar tidak memakai apa-apa.katakan tidak pada bedak compact ! dapat jimat duit amy .Pengalaman balik kampung seminggu tanpa bawa pencuci muka kerana mendapat panggilan dari kampung bahawa wan meninggal dunia, apa lagi pukul 12 am,abah suruh bersiap balik kampung dengan keadaan ingin cepat semua boleh lupa.vitamin kesayangan lupa ? pencuci muka lupa ? baju kurung terlupa ? nampak disitu berkejar-kejaran .Dah duduk kampung seminggu dekat kampung tetap ramai orang puji amy walaupun amy tidak pakai pencuci muka ,ramai orang tanya kenapa kulit licin sangat ? tak ada jerawat pun ? tak ada parut pun ?tahu jela bila ahli keluarga meninggal mestilah ramai orang datang membantu buat kenduri tahlil. tapi amy hanya mampu senyum jela .Nanti amy cerita kelebihan yang banyak amy dapat . Tunggu !!












Jika ingin bertanya boleh
sms/whatsapp 01126070276
facebook Amie Farhana
no ID 1169011







Sunday, 26 April 2015

Testimoni masa ?


testimoni masa ? bila dengar testimoni masa rasa pelik sangat ,yela selalunya kita hanya mendengar testimoni produk kerana ramai orang akan lebih percaya sesuatu produk setelah memdengar testimoninya .Kali ini , apa kata amy tulis testimoni tentang nikmat masa .

* Dua nikmat yang sering diabaikan kebanyakan manusia kerana kelalaian : ''kesihatan dan waktu lapang. '' Rasulullah (Riwayat al-bukhari ) .kebanyakan manusia apabila waktu lapang lebih suka melakukan perkara tidak berfaedah dan sia-sia kerana tidak pernah menghargai masa untuk mencapai impian

*Bagaimana kita boleh duduk bersembang sedangkan hari sedang melakukan tugasnya ? .sufyan al-Thuari tatkala diajak bersembang . besembang ? ini masalah kalangan manusia yang suka membazir masa dengan bersembang kosong tanpa rasa bersalah kerana telah membuang masa .

*Sesiapa yang hendak bergembira dengan masa depannya jangan membazir dengan masa sekarang.(Roger Bobson) .disebabkan ini orang yang ingin berjaya berkejar-kejar dengan waktu kerana bagi mereka waktu itu emas . mereka akan berusaha dengan gigih demi mencapai impian mereka dan mengambil peluang yang ada didepan mata mereka

*Membazir masa lebih dahsyat daripada mati . Membazir masa akan memustuskan hubunganmu dengan Allah dan akhirat sedangkan mati hanya memutukan hubunganmu dengan dunia dan ahlinya .(Ibn al-Qayyim )

 Mari kita berusaha hingga kita merasai kenikmatan masa sehingga mampu mengeluarkan                    testimoni seperti mereka . jika tidak,kemungkinan besar kita akan mengeluarkan testimoni.                  MENGHARGAI MASA UNTUK MENUJU KEJAYAAN HIDUP .

jika ingin bertanya tentang produk shaklee boleh
sms/whatsapp 01126070276 
atau boleh menggunakan no ID amy 1169011 .
facebook -Amie Farhana

Thursday, 23 April 2015

Intan Berlian Mega Giveaway


Assalammualaikum & Selamat Petang...


Sebelum balik sempat lagi join segmen dari blog Sharing My Cheritera....

Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :-

1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015"
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry
 5) Hantar link entry u all ke kotak komen entry ini 6) Nak lagi senang, copy je entry ni.. (",)
TARIKH TUTUP : 30 APRIL 2015HADIAH UNTUK PEMENANG IntaNBerliaN MEGA GIVEAWAY 2015PEMENANG DIPILIH SECARA CABUTAN BERTUAH.. ALISHA & AQILAH YANG AKAN CABUT UNDI (",)


Wednesday, 18 March 2015

Khasiat Madu Untuk Kecantikan Kulit Dan Rambut

Khasiat Madu Untuk Kecantikan Kulit Dan Rambut


Maksud firman Allah,
Dan Tuhanmu memberikan ilham kepada lebah, " Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian, makanlah segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai) serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu."
Dengan itu akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (daripada pelbagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir
Surah an-Nahl 16 : 68-69

Madu telah dikenali oleh manusia sejak berzaman dahulu sebagai ubat pelbagai penyakit. Walaupun dunia sekarang telah maju dan serba canggih dengan pelbagai jenis ubat yang canggih manggih, nama pun tak reti nak sebut tapi orang masih memilih madu. Khasiat dan manfaat bahan organik ini tidak boleh dipertikaikan lagi.

Untuk entry ini saya ingin kongsikan manfaat madu untuk menyerlahkan kecantikan? Nak tahu tak?

Biar secanggih dan sehebat mana produk kecantikan yang berunsurkan madu, madu yang asli sudah tentu lebih mujarab kerana tidak melalui apa-apa proses kimia dan tiada bahan tambahan atau bahan pengawet. Maksud saya di sini bukanlah anda sendiri yang pergi panjat pokok, cari sarang lebah untuk dapatkan madu asli tu. Tidaklah sampai macam tu. Tapi kalau boleh cari madu asli yang biasanya tidak dijual di pasaraya kerana madu-madu itu biasanya mengandungi gula berlebihan.

Bagi anda yang mengalami masalah jerawat degil walaupun dah cuba banyak produk di pasaran, mungkin anda ingin mencuba madu asli untuk mengembalikan kecantikan anda. Sapukan madu pada tangan, kemudian usap perlahan-lahan pada wajah. Biarkan kira-kira 5 minit dan bersihkan dengan kain secara lembut. Anda pasti merasai perubahannya. Apatah lagi jika anda konsisten dalam aktikviti ini.

Terdapat banyak lagi manfaat madu untuk kecantikan. Antaranya :

Kulit

Madu berkesan untuk merawat kulit rosak dengan membina sel-sel kulit yang baru. Untuk mendapatkan kulit yang tegang, lembut dan lembap anda boleh mencampurkan sesudu madu dengan kulit sebiji limau kasturi atau dikenali juga dengan limau asam yang dikisar. Oleskan ke muka selama lebih kurang 5 minit untuk hasil yang memuaskan. Kemudian, cuci dengan air suam.

Untuk kulit yang kasar dan kusam juga tidak perlu pertikaikan madu yang sememangnya menjadi rahsia kecantikan sejak zaman dahulu lagi. Sapukan ke seluruh badan dengan urutan yang lembut. Amalkan secara rutin 2-3 kali seminggu dan hasilnya memang sangat membanggakan. Akan berlaku transformasi kepada kulit anda iaitu lebih sihat, mulus dan lembut.

Masalah kering bibir juga boleh diatasi dengan madu. Campurkan madu, minyak zaitun dan cocoa butter dan sapukan pada bibir. Sebenarnya anda juga boleh menggunakannya sebagai pelindung kulit daripada pancaran matahari. Tapi jangan terlebih madu, nanti meleleh pula.

Nyaman sangat kulit yang disapu madu


Rambut

Untuk mendapatkan rambut yang lembut berkilau, campurkan 1 sudu madu dan perahan limau nipis serta air suam. Selepas cuci rambut dengan syampu, olekan campuran tadi sambil mengurut lembut kulit kepala. Biarkan seketika dan bilas hingga bersih.

Untuk rambut gugur pun, boleh juga guna madu. Campurkan 1 sudu madu, satu sudu kecil serbuk kayu manis dan minyak zaitun. Sebelum mandu, sapukan pada kulit kepala anda sambil mengurut lembut. Biarkan selama 15 minit sebelum mandi dan bilas seperti biasa.
Kalau nak tahu, madu juga boleh digunakan sebagai pelembap (conditioner). . Campurkan setengah gelas madu dengan 1/4 cawan minyak zaitun. Sapukan ke seluruh rambut, tutup dengan tuala bersih dan biarkan seketika. Selepas kira-kira 20 minit, buka tuala, urut perlahan-lahan dan bilas. Keringkan secara semulajadi.

Sekali-sekala bolehlah tukar-tukar dengan conditioner yang dibeli di kedai. Bukan apa, takut tak rajin nak sediakan pula sebab saya rasa lebih baik guna campuran yang fresh daripada yang dah dicampur sedia.

Tubuh langsing

Dengan membekalkan nutrisi yang cukup untuk aktiviti harian, madu boleh  dikategorikan sebagai suplemen yang dapat membantu proses penurunan berat badan. Kandungan utama madu iaitu karbohidrat dan ini menjadikan saiz hidangan yang diambil boleh dikurangkan. Kandungan gula sebanyak 82.4% dalam bentuk glikogen secara tidak langsung dapat digunakan sebagai tenaga yang dibakar tanpa perlu diolah terlebih dahulu.

Untuk melancarkan pemakanan madu tersebut, anda boleh campurkan dengan sedikit air. Minum 3 kali sehari sebelum makan adalah lebih berkesan. Jadi, dalam hidangan anda, bolehlah dilebihkan sumber protein dan serat dan kurangkan karbohidrat dan makanan berlemak.

Bagaimana menyimpan madu

Madu perlu disimpan dengan baik supaya zat dan khasiatnya terpelihara dan untuk mengelakkannya tercemar dengan bakteria. Madu sepatutnya disimpan di tempat kering pada suhu bilik dengan penutupnya ditutup rapat dan jauh daripada pancaran terik matahari.

Diharap anda mendapat manfaat dengan pembacaan ini, tapi orang yang sebenar dapat manfaat tentulah orang yang mencuba tips untuk cantik dengan madu seperti diatas.

7 Tahun Tanggung Wajah Berjerawat Selesai Dengan Set Kecantikan Shaklee

7 Tahun Tanggung Wajah Berjerawat Selesai Dengan Set Kecantikan Shaklee


Mempunyai kulit yang cantik dan berseri adalah idaman setiap wanita. Walaupun mungkin ada yang dah pasrah sebab sudah cuba banyak produk kecantikan dan kosmetik, tapi tetap tiada perubahan pada kulit. Namun, saya yakin dan percaya setiap wanita memang mengimpikan wajah yang berseri dan awet muda.

Jika diberi pilihan, produk yang semuladi, selamat dan dijamin berkesan bukan melalui testimoni semata-mata tetapi syarikat telah melabur sebanyak beratus-ratus juta USD untuk ujian klinikal dan penyelidikan, adakah awak berminat?

Itulah yang saya nak cerita, Set Kecantikan Shaklee yang menjadi pilihan saya sejak 2 tahun lalu.

petua kulit putih gebu
Wanita cantik dan berakhlak mulia umpama bunga kembang mewangi


Apakah Set Kecantikan Shaklee?


Kini semua orang mampu cantik dan anggun dengan Set Kecantikan Shaklee mengikut bajet masing-masing.

Jika awak takut-takut nak cuba, takut tak jadilah kan, saya cadangkan Set Kecantikan Asas. Saya dulu pun macam awak juga bila mula-mula nak cuba produk Shaklee, tak yakinlah makan vitamin kulit boleh cantik. Sebenarnya saya mula-mula makan vitamin Shaklee bukanlah set untuk kecantikan, tapi untuk kecergasan badan, sebab kerja saya memerlukan saya sentiasa cergas.

Lepas guna produk tu, saya perasan kulit saya kurang kering dan berminyak. Lepas tu, lagi bersemangatlah saya nak guna vitamin kecantikan yang lain.

Set Kecantikan Asas


Petua hilangkan jerawat
Set Kecantikan Shaklee Asas bersama Ariel


1. Vitamin C

Vitamin C membantu dalam meningkatkan penghasilan kolagen dan kolagen berfungsi untuk memberi keanjalan kepada kulit.

Selain itu, vitamin C juga bertindak sebagai antioksida yang melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit.

Untuk kesihatan pula, vitamin C meningkatkan sistem imun dan membantu menjaga kesihatan dari dalam.

Pernah dengar orang sanggup berhabis beratus-ratus malahan mungkin beribu untuk buat suntikan vitamin C pada wajah? Ya, memang boleh nampak muda, tapi di wajah sahaja muda. Bahagian kulit yang lain tetap berkedut.

Jadi, kenapa tak pilih sesuatu yang memberi kesan secara menyeluruh?

2.  Vitamin E

Vitamin E adalah antioksida yang kuat dan sangat bagus untuk awet muda. Terbaik untuk kulit, sangat berkesan untuk hilangkan jeragat, parut jerawat dan kedutan.

Pendek kata, suami tak senang duduklah kalau isterinya makan vitamin E.

Suami pun boleh makan vitamin E. Selain memberi kesan kepada kulit, vitamin E juga membantu kesuburan lelaki dan membantu menghangatkan hubungan suami isteri. Ni untuk orang yang dah berkahwin ya.

3. Energizing Soy Protein (ESP)

ESP adalah sumber protein yang penting dan tidak boleh ditinggalkan dalam proses nak anggun. Bukan untuk cantik sahaja tau, banyak lagi kegunaan yang sangat digemari oleh wanita seluruh Malaysia. Memang hot selling item la. Ingat lagi masa promosi ESP hari tu, 1 Malaysia gempar dan stok ESP memang licin.

Fungsi asid amino dalam ESP ialah untuk menggantikan sel yang rosak dengan sel baru yang lebih baik. Sumber soyanya adalah yang terbaik, ditanam secara organik dan proses yang dijalankan menjadikan serbuk ini tinggi kualiti.

Antara suplemen pertama saya dalam Shaklee ialah ESP. Masa tu bekerja tak lagi rasa penat. Boleh berlari-lari sana sini dan bertenaga sampai tengahari. Kadang-kadang tak makan tengahari pun tak rasa lapar. Tapi jangan amalkan ok, kena makan ikut waktu untuk jaga kesihatan.

4. Vitamin B Complex

B for beauty. cewah...

Vitamin B bertindak sebagai pelembap kulit dan mengurangkan pigmentasi. Jadi kulit tak adalah nampak kering dan kusam.

Selain itu, vitamin B membantu mengurangkan stress dan tekanan. Apa kaitan dengan kecantikan kulit? Bila tak stress, kulit kita pun makin sihat dan taklah cepat berkedut.

Set Kecantikan Premium


petua hilangkan parut jerawat
Set Kecantikan Shaklee Premium bersama Ariel


3 suplemen diatas adalah vitamin kecantikan yang asas. Namun, jika nakkan hasil yang lebih baik dan cepat, boleh tambahkan suplemen-suplemen lain.


1. GLA Complex

Ini wanita wajib beri perhatian. Memang khas sangat untuk wanita. Asid lemak perlu omega-6 yang membantu menstabilkan hormon wanita.

Tahu tak, hormon tak stabil juga adalah antara punca kulit kusam dan berjerawat. Pernah dengar PCOS tak? Ala, penyakit cyst kat ovari tu. Tu sebab hormon tak stabil. Jadi, stabilkan dulu, dan kulit yang cantik akan ikut.

GLA menjadikan kulit kurang berminyak, jerawat cepat kuncup dan kering dan turut menbantu hubungan suami isteri.

Menarikkan? Nak kulit cantik, tapi dapat manfaat lain pula.

2. Kolagen powder

Kolagen memang asas kepada keanjalan kulit. Jadi, jika inginkan kulit yang gebu, halus, dan awet muda memang bagus sangatlah cuba kolagen powder ni.

Dibuat daripada sisik ikan merah dari lautan dalam yang tahan lasak dan berat molekulnya hanya 1000 dalton memastikan penyerapan yang sangat berkesan. Memang berbaloi.

Masa muda-muda ni memang sesuai sangat minum kolagen Shaklee, sebab sel masih baik dan pembaikian sel juga lebih berkesan.

Kalau untuk orang yang berusia, bukan sahaa boleh baiki struktur kulit, malah boleh kuatkan sendi lagi. Komponen utama sendi juga adalah kolagen.

3. Vivix

Ini adalah produk kecantikan yang super power dan paling ekslusif. Menjaga kesihatan secara menyeluruh. Bukan awet muda kulit sahaja tau, malah organ-organ dalaman sekali. Jadinya, sihat sambil cantik.

Jangan terkejut kalau awak amalkan Vivix, dan muka awak lebih muda 25 tahun. Sebab ujian klinikal dah dijalankan dan memang terbukti produk yang mengandungi resveratrol ini mampu mengembalikan keremajaan kulit.

Penyakit-penyakit kronik termasuk kencing manis, darah tinggi, kanser, asma, SLE, psoriasis dan banyak lagi in sha Allah akan terkawal. Kita berikhtiar, Allah juga yang bagi kan?

Saya tahu, ramai orang kata harga Vivix mahal. Tapi kalau fikir balik, dengan pelaburan kurang daripada RM500 awak dapat manfaat kesihatan yang begitu besar. Tak nak percaya tak apa, cuba dan rasakan sendiri.

Harga Set Kecantikan Shaklee


Vitamin C Sustained Release berharga RM92.50 dan mengandungi 180 biji. 

Vitamin E berharga RM149 dan mengandungi 120 biji.

Energizing Soy Protein (ESP) didatangkan dalam canister seberat 850g dan berharga RM150. Biasanya satu canister boleh bertahan selama 2-3 bulan.

GLA Complex mengandungi 60 biji kapsul dan berharga RM91

Kolagen Powder Shaklee berharga RM298 dan mengandungi 15 sachet

Vivix berharga RM475 mempunyai 150ml cecair yang boleh bertahan sehingga 1-2 bulan.

Mungkin anda rasa vitamin di atas harganya agak mahal. Saya tak nafikan juga, sebab saya dulu pun fikir yang sama. Tapi, lepas saya cuba beli dan amalkan, saya dapati vitamin-vitamin boleh bertahan dalam 2-6 bulan.

Malahan lepas saya buat bandingan dengan vitamin lain di pasaran, rupa-rupanya vitamin Shaklee ni lagi murah,

Lepas tu, saya tak fikir lagi soal harga. Yang saya tahu, nilai yang saya dapat daripada vitamin-vitamin ini.

Sudah tentu saya vitamin mengikut keperluan anda dan sesuai dengan bajet. Untuk mendapat harga yang lebih murah dan jimat, anda boleh menyertai keluarga kami dengan hanya RM65 untuk seumur hidup.

vitamin shaklee mahal
Shaklee berbaloi untuk nilai wang anda


Cara Makan Set Kecantikan Shaklee


Disebabkan setiap orang adalah unik dan mempunyai masalah tersendiri, rasanya saya bagi konsultasi secara individu. Barulah adil.

Orang yang mempunyai masalah jerawat, muka berparut atau kulit kusam sudah tentu mempunyai cara makan dan vitamin yang berbeza.

Barulah sama-sama puas hati dan mendapat kesan terbaik selepas pembelian.

Set Kecantikan Shaklee tak berkesan?


Selain daripada vitamin yang saya sebutkan diatas, ada banyak lagi produk lain yang dicadangkan untuk kecantikan berdasarkan masalah yang anda hadapi. Lain pengedar, lain juga vitamin yang dicadangkan.

Pada peringkat awal, anda mungkin merasakan kulit jadi makin teruk. Jangan risau, kerana ini adalah anda sedang melalui fasa yang dipanggil healing crisis. Masa ni, toksin-toksin dalam badan dikeluarkan, mungkin melalui jerawat, kencing dan sebagainya.

Teruskan pengambilan vitamin, in sha Allah selepas fasa ini berakhir, anda akan dapat hasil yang diinginkan.

Bagaimana mendapatkan Set Kecantikan Shaklee?


Boleh hubungi saya, sama ada nak buat tempahan atau saja-saja nak sembang, in sha Allah tak ada masalah. Cuma SMS saya di 012 621 1883. In sha Allah konsultasi terbaik untuk anda sesuai dengan pengetahuan saya.

Sebelum saya tamatkan, saya nak berkongsi video seorang kawan kita yang 7 tahun mengalami masalah kulit berjerawat, 7 tahun kot, malu nak jumpa orang. Akhirnya dia jumpa caranya, jom saksikan.


Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa! from iReach HD on Vimeo.

Kalau nak buat tempahan atau sekadar nak sembang-sembang, hubungi saya ya..

SMS/ Whatsapp : 012 621 1883

Friday, 13 February 2015

Minum Kolagen Dengan Cara Yang Betul, Dapatkan Keanggunan Yang Diidamkan

Minum Kolagen Dengan Cara Yang Betul, Dapatkan Keanggunan Yang Diidamkan


Zaman saya pelajar dulu, kami mendapat biasiswa yang boleh dikatakan agak mewah. Masa tu ada dikalangan kawan-kawan saya yang membeli pelbagai produk kecantikan. Maklumlah, dah usia meningkat remaja, darah manis orang cakap. Mestilah nak kelihatan cantik dan bergaya.

Tak kurang juga yang melaburkan duit untuk membeli kolagen. Ketika itu, pada persepsi saya, saya tidak perlukan semua itu kerana kolagen dan alat-alat kosmetik lain adalah untuk orang yang taksub untuk kelihatan cantik, Orang yang ada banyak masa nak belek-belek muka depan cermin. Saya ni, yang sibuk belajar sudah tentu tak berminat dengan semua itu.

Kulit muka saya pun bukanlah jenis yang teruk sangat. Saya pernah naik jerawat yang teruk selepas SPM, tapi lepas jerawat tu dah ok, macam jerawat segan-segan pula nak tumbuh kat muka.

Semuanya berubah selepas saya join member Shaklee dan selepas saya melahirkan anak. Saya ada terbaca lah testimoni yang kolagen Shaklee boleh menambahkan susu badan. Hari ini meronta-ronta nak cuba, Sebenarnya itu alasan saja, sebenarnya lebih terpengaruh bila ada kawan yang usia lebih tua daripada saya nampak lebih muda, dan ada yang rasa kesannya dalam masa 5 hari sahaja.

set kulit cantik
Jangan biarkan jejaka idaman anda dirampas oleh gadis yang lebih anggun dengan kolagen


Siapa tak terujakan?


Sebenarnya Shaklee tidak menyarankan penggunaan kolagen kepada ibu mengandung dan ibu menyusu bukan kerana berbahaya kepada ibu dan bayi, tetapi kerana tiada kajian yang dilakukan terhadap ibu yang istimewa ini.

Kolagen Shaklee dikatakan tidak sesuai untuk wanita mengandung dan ibu menyusu kerana mengandungi Suma Root dan kesan herba ini ke atas wanita hamil dan menyusu tidak pernah dikaji. Namun, dikatakan Suma Root mempunyai kesan yang sama dengan estrogen, jadi kesannya hampir sama dengan herba lain termasuk alfalfa, fenugreek (halba) dan milk thistle.

Jadi, tak hairanlah jika ibu menyusu yang minum kolagen Shaklee merasakan susunya makin meriah. Apa yang perlu diperhatikan jika ingin menggunakan kolagen Shaklee kerana ianya dibuat daripada ikan dan kerang-kerangan. Jika awak alah kepada makanan lain, mungkin tidak sesuai produk ni dengan awak.

Resepi Kolagen Shaklee saya untuk kesan maksimum


Ada pelbagai cara orang menikmati kolagen Shaklee dan jarang sekali orang minum kolagen semata-mata kerana baunya ada sedikit hanyir. Awal-awal dulu saya campurkan dengan jus oren Twister tu baru boleh minum. Ada yang mencampurkan dengan kordial atau milo.

Sekarang saya suka campurkan kolagen dengan Vivix. Tentulah resepi terbaik untuk kulit yang gebu, mulus dan licin berseri. Campurkan satu sudu Vivix dan satu sachet kolagen ke dalam shaker, campurkan air masak, goncang dan sedia untuk diminum.

Mesti guna air sejuk atau air suam tau, bukan air panas kerana air panas boleh merosakkan struktur kolagen yang merupakan protein. Nanti minum kolagen pun, tidak berkesan.

Hilang persepsi yang kolagen Shaklee ni hanyir. Tak sampai 5 minit dah habis satu shaker. Mudahkan nak dapat kulit cantik dan awet muda? Kat rumah saja, tak perlu pun berhabis duit di spa.

Minum kolagen tu pula, waktu perut kosong kerana masa itu penyerapan adalah laju. Bila diserap dengan cepat dan banyak, lagilah cepat kesannya.

Apa kata pengguna kolagen Shaklee?


Selepas hampir 1 kotak kolagen habis, saya dapati kulit muka saya lebih lembut dan gebu. Walaupun pori-pori masih belum tertutup sepenuhnya, tapi bahagian pipi memang sangat berbeza. Bila saya belek-belek album lama, memang nampak sangat beza. Dulu kulit agak kusam dan gelap, kini lebih cerah dan berseri.

Selain itu, saya juga perasan yang susu badan memang meriah. Sekejap saja rasa cik B dah full. Kalau time cuti je, anak mesti nak melekat aja.

Rambut saya juga tak lagi gugur dengan banyaknya. Kalau awal-awal bersalin dulu, asal menyapu lantai mesti penuh dengan rambut. Dalam bilik air pun, tersumbat dengan rambut je. Memang boleh nampaklah bezanya sebelum dan selepas ambil kolagen Shaklee.

Testimoni salah seorang pengguna Vivix dan kolagen dengan konsisten. Nampakkan perbezannya?




Tak adil!!!!

Kenapa tak adil? Ooohh, nak tengok juga perubahan pada saya? Tak tahu aci ke tak sebab saya makan banyak produk Shaklee, bukan Vivix dan kolagen sahaja. Sebab semua produk Shaklee ada potensi untuk buat kulit lagi cantik dan anggun tau.

testimonial set cantik shaklee
Ada beza kan?

Saya mula guna Shaklee dalam akhir tahun 2012. Masa tu mulakan dengan ESP dan set asas, tak mampu lagi nak beli Vivix dan kolagen. Dalam tahun 2014 je baru start Vivix dan kolagen dan inilah hasilnya. Saya sangat berpuas hati dan inilah Shaklee Effects saya.

Jika ada sebarang soalan, in sha Allah saya cuba bantu awak sebaik mungkin, tapi awak kenalah hubungi saya dulu.

SMS / Whatsapp : 012 621 1883


Friday, 6 February 2015

5 Panduan Hilangkan Jerawat Dari Dapur Sahaja

5 Panduan Hilangkan Jerawat Dari Dapur Sahaja


Anda dah baca tak entry saya sebelum ini mengenai cara menghilangkan lingkaran gelap bawah mata? Kalau belum, boleh baca cepat-cepat artikel hilangkan lingkaran gelap bawah mata tu sebab tips yang saya kongsisangatlah simple dan murah. Lepas itu bolehlah tampil lebih anggun tanpa matapanda.

Untuk kali ini, saya ingin berkongsi tips tradisional untuk mengubat jerawat. Apa lagi pengacau yang ada pada muka seseorang wanita yang menghalang keanggunan kalau bukan jerawat? Naik jerawat sebiji pun dah riuh sekampung, apa lagi kalau muka memang mesra jerawat.

Jadi, kali ini saya bawakan 5 tips yang cukup senang, dan sudah tentu murah untuk menghilangkan jerawat. Boleh pilih mana satu yang awak suka. Kalau ada tips-tips lain, boleh kongsi-kongsi kat sini ye.

Tepung sagu


Tepung sagu amat sesuai jika jerawat awak adalah kecil-kecil dan merah. Orang kata jerawat pasir.
Caranya ialah, ambil sedikit tepung sagu, campur dengan bedak sejuk dan bancuh dengan air suam. Lepas tu awak boleh sapukan pada muka yang ditumbuhi jerawat.
Cuba lakukan setiap malam selama lebih kurang semiggu dan awak akan lihat hasil yang memberi kepuasan.

Daun teh


Caranya ialah dengan memasukkan daun teh ke dalam air yang mendidih. Apabila wapnya sudah keluar, kenakan wajah yang berjerawat kepada wap tadi.

Lakukan 1-2 kali sehari sehingga jerawat awak sembuh.

Ingat ye, daun teh tau. Bukannya serbuk teh. Kena pakat kutip daun teh di Cameron Highland.


Bedak  batu

bedak batu hilangkan jerawat
Bagi yang tak tahu, inilah rupa bedak batu.



Caranya ialah basuh muka dengan air suam. Selepas muka dikeringkan, sapulah bedak batu pada muka awak setiap malam. Esoknya, basuh dengan air bersih dan keringkan.

Lakukan langkah di atas sehingga jerawat hilang.

Bawang putih


Bawang putih adalah sesuai untuk jerawat batu.

Ambil seulas bawang putih, bersihkan dan titik sedikit. Kemudian sapukan pada jerawat yang baru tumbuh. Awak akan dapati jerawat batu awak akan segera hilang.

Pucuk jambu


Pucuk jambu boleh mengelakkan jerawat yang naik meninggalkan kesan parut yang bisa mencacatkan wajah.

Caranya ialah dengan mengambil segenggam pucuk jambu, basuh dan buangkan urat ditengahnya. Tumbuk daun jambu itu dan campurkan dengan sedikit bedak sejuk. Tempekkan ke muka sehingga kering. Apabila kering, bilas dengan air suam.

Sebaiknya diamalkan setiap malam. Awak akan dapati bukan sahaja jerawat yang hilang, malah kesan parut juga turut tiada.  

Sekarang semua orang boleh kelihatan anggun


Wednesday, 4 February 2015

3 Tips Jimat Hilangkan Mata Panda

3 Tips Jimat Hilangkan Mata Panda


Ramai kawan-kawan saya yang berkeluarga dan bekerja mengadu sukar mendapatkan rehat yang cukup kerana terpaksa layan anak yang sukar tidur lambat. Akibatnya badan jadi penat dan yang paling ketara ialah mata pun bengkak dan ada lingkaran bawah mata ataupun eye bag.

Ada juga orang memanggil keadaan ini sebagai mata panda, tapi panda tu binatang yang comel. Kalau wanita macam anggun macam kita ni ada mata macam tu, agak-agak comel tak?

Bagi sesiapa yang rasa trend mata panda tu comrl. boleh berhenti baca sampai sini. Tetapi, kalau nak tahu bagaimana nak hilangkan mata panda ni dan dapatkan sepasang mata yang bersinar dan menawan, boleh teruskan membaca.

Macam cantik je make up macam ni, boleh juga tutup mata panda tu


Sebenarnya ada banyak cara untuk menghilangkan mata pandai ni, tapi saya kongsikan cara yang mudah dan praktikal.

1. Gunakan uncang teh. Kalau tak mahu membazir, gunakan uncang yang sudah digunakan untuk buat minuman. Boleh mula kumpul lah selepas buat teh.

Rendamkan dalam air sejuk, selepas disejatkan, taruk kat mata lebih kurang 15 minit.

2. Gunakan timun batang yang buat ulam tu. Mula-mula potong nipis-nipis, kemudian simpan dalam peti sejuk. Bila nak guna, terus ambil yang sejuk-sejuk tu letak kat mata. Memang terangkatlah. Rasa segar sangat.

3. Gunakan ais. Ni bukan guna ais seketul letak atas mata tau. Kalau tak, bukan lagi tenang, lagi stress ada sebab habislah basah bantal korang. Caranya gosokkan ais ke atas kelopak mata beberapa kali. Kesejukan ais tu memang boleh memberi rasa segar kepada urat mata.

Satu cara lagi ialah gunakan kapas muka, rendamkan dalam air berisi ais kemudian tampal lah kat mata.

Macam biasalah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Jadi, kalau tak mahu mata panda ni, belajar-belajarlah tidur secukupnya dan ajar anak kita tidur awal.

Tak dinafikan selepas bergelar ibu atau yang baru bergelar isteri pun memang agak susah untuk tidur awal kerana banyak kerja yang perlu dibereskan sebelum tidur. Betul tak?

Jadi, kepada yang ada masalah mata panda, boleh lah mencuba tips-tips di atas. Kena ingat satu perkara, teknik ini perlu diamalkan dengan istiqamah sebelum lingkaran hitam itu hilang. Buat sekali,mungkin tak jadi.

Kalau ada tips yang lebih best, boleh kongsi-kongsi ya.

Okla, saya pun perlu tidur untuk elakkan mata panda ni.

Monday, 2 February 2015

Hilangkan Parut Campak Di Muka Untuk Jadi Miss Universe Semula

Hilangkan Parut Campak Di Muka Untuk Jadi Miss Universe Semula

Campak adalah salah satu penyakit berjangkit yang membekalkan imuniti seumur hidup. Bermaksud sekali dah kena campak, risiko untuk mendapatnya lagi sekali adalah sangat rendah atau mungkin tipis terus.

Beruntunglah orang yang sudah kena campak ketika masih kecil sebab apabila sudah besar mungkin parut campak yang mencacatkan sudah hilang. Dalam sesetengah keadaan, ada orang yang mungkin boleh dapat campak untuk kali kedua atau ketiga.

Boleh bayang jika kena campak ketika sudah dewasa dan parutnya di muka menjadi seperti kawah bulan. Tak sanggup nak bayangkan.

Saya ingin berkongsi testimonial seorang gadis yang dijangkiti campak ketika dewasa dengan wajah yang berparut, berkawah macam bulan, namun berjaya menghilangkan parut itu.

Miss Universe Suami

Puan Hidaya ialah wanita tercantik atau Miss Universe kepada suaminya. Namun, di diuji apabila dijangkiti chicken pox daripada anaknya. Masatu memang saham jatuh merudum la. 

Jom tonton video dia dan saksikan bagaimana dia menyelesaikan masalah parut chicken poxnya dan menawan balik hati suaminya.



Amacam? Teruja tak? Sebulan je masa diambil untuk menghilangkan parut chicken pox malahan kulit pun jadi makin cantik. Orang kata kalau kena chicken pox masa dah besar, memang parut dia sangat teruk lain macam. Apa lagi, aktiviti menggaru pun lebih seronok.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk yang digunakan oleh Puan Hidaya, boleh hubungi saya:

Fyda Noh

[SMS / Whatsapp : 012 621 1883 | Fyda]

[Emel : fydanoh@gmail.com]

Nanti kita sembang panjang-panjang ye, dah tentu konsultasi percuma khas dan terbaik untuk anda,

Sunday, 1 February 2015

Segmen Berkenalan by: Dr. Shikin

Segmen Berkenalan by: Dr. Shikin


Terima kasih sangat kepada penganjur segmen ini, iaitu Dr Shikin. Inilah peluang untuk berkenalan antara sesama blogger.

Cepat-cepat ya join kerana segmen ini akan berakhir bila-bila masa sahaja, dan saya nak jemput kawan saya iaitu

Norliazira untuk turut serta dalam segmen ini.

Jika ingin kelihatan anggun dengan Shaklee, just pm saya fydanoh@gmail.com


Friday, 16 January 2015

Kolagen Shaklee Jadi Pilihan Artis Malaysia

Kolagen Shaklee Jadi Pilihan Artis Malaysia


Kat Malaysia ni, golongan mana yang perlu sentiasa kelihatan cantik, anggun, berseri, kulit licin? Tentulah pelakon, penyanyi dan model. Bak kata Fazura "Kalau nak masuk majalah, gigi mesti putih"

Tapi jangan lupa, muka juga perlu berseri, licin dan gebu. Kalau tak, takkan nak tutup dengan mekap yang tebal. Orang sekarang lebih suka kecantikan semulajadi, mekap pun kalau boleh tak nak tebal-tebal.

Antara pelakon yang memilih untuk cantik dengan vitamin Shaklee ialah, si jelita Rita Rudaini. Kerana percaya keberkesanan dan Shaklee ialah produk yang selamat, Rita memilih untuk jadikan Shaklee sebagai suplemen harian untuk dirinya dan anak-anak.


rita rudaini skin care
Antara vitamin Shaklee pilihan Rita Rudaini


GLA COMPLEX

GLA ialah asid lemak jenis omega-6 yang tidak dihasilkan oleh badan dan perlu didapati daripada pemakanan. GLA adalah teman rapat wanita dan digunakan sejak berzaman-zaman untuk mengimbangkan hormon wanita dan banyak menyelesaikan ketidaksuburan wanita.

Setiap kapsul GLA Complex Shaklee mengandungi 500mg minyak biji borage yang merupakan sumber terbaik GLA. Ia juga digabungkan dengan biji bunga matahari dan vitamin E untuk meningkatkan kestabilan dan keberkesanannya.

Daya penyerapan (bioavailabiti) telah dibuktikan secara klinikal yang mana kapsul ini mampu menyerap ke dalam sel manusia dengan baik.

SERBUK KOLAGEN SHAKLEE


Telah terbukti secara klinikal dapat memperbaik tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan selepas penggunaan selama 8 minggu. Hasil kajian menunjukkan tekstur keseluruhan kulit menjadi lebih baik dan meningkat sebanyak 71%.

Mengandungi 4000mg proprietary sisik ikan merah, merupakan kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen. Juga dicampurkan dengan 7 bahan utama seperti ekstrak biji benih Camellia Japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B. Dengan berat molekular yang kecil iaitu hanya 1000 Dalton memastikan penyerapan serbuk kolagen Shaklee unggul dengan kesan yang segera.

Khasiat kolagen adalah seperti berikut:

  • Mengecilkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus yang kelihatan.
  • Kulit lebih putih dan licin.
  • Menggalakkan kuku yang kuatm rambut yang tebal dan bersinar.
  • Membantu menganjal dan menegangkan payudara.

Bila nak dapatkan kolagen?


Bukanlah apa yang artis buat kita kena tiru, tapi sebagai seorang wanita sudah tentu kita memerlukan kecantikan dan kesihatan. Apalagi jika kita seorang ibu yang bekerja dan perlu menjaga rumah tangga. 

Rita Rudaini dah buat pilihan yang terbaik untuk dirinya dan keluarga, bagaimana dengan anda?

Usah malu-malu untuk hubungi saya jika memerlukan sebarang konsultasi atau ingin mendapatkan Kolagen Shaklee.

Fyda,

012 621 1883
fydanoh@gmail.com

Saturday, 10 January 2015

Pengalaman Cantik Dengan Selamat, Elakkan Kosmetik Berbahaya

Pengalaman Cantik Dengan Selamat, Elakkan Kosmetik Berbahaya


Kejelitaan adalah hak milik setiap insan dan kejelitaan adalah subjektif. Namun, sedihnya apabila media menggembar-gemburkan wanita itu dikatakan cantik apabila memiliki kulit putih melepak, dagu runcing, licin, gebu, badan yang kurus kering dan bermekap tebal kadang-kadang sampai tak nampak warna kulit.

Demi mendapatkan kulit yang putih melepak, ramai wanita yang sanggup menghabiskan duit beribu-ribu ringgit untuk berkunjung ke pusat kecantikan. Kalau yang kekurangan bajet, sanggup gunakan apa sahaja kosmetik tanpa menyelidik adakah kandungan kosmetik itu berbahaya untuk kesihatan ataupun tidak.

Saya juga termasuk dalam golongan wanita yang gemarkan kecantikan. Tak dinafikan, ada wanita yang menggunankan kecantikan untuk menarik minat lelaki, namun bagi saya memiliki wajah yang cantik menambahkan keyakinan untuk berdepan dengan orang ramai, apatah lagi jika pekerjaan kita memerlukan kita bertemu orang setiap hari.

Banyak sangat produk kosmetik yang saya cuba. Dari yang murah hingga yang mahal. Paling mahal pun satu set dalam RM1000 je.

Segalanya berubah apabila saya hamil. Semasa hamil, saya memang tak tahan makan vitamin dari klinik, jadi saya telah mencuba Set Hamil Shaklee. Memang saya rasakan perubahan selepas menggunakan produk ini. Daripada badan yang sentiasa letih masa kerja, saya masih boleh lari-lari tanpa masalah. Pil zat besi Shaklee juga lebih mesra ibu hamil dan saya boleh telan tanpa sebarang masalah.

Yang paling mengejutkan ialah, wajah saya jadi lebih bersih dan berseri walaupun tanpa memakai bedak. Apa lagi, selepas itu memang saya pergi kerja tanpa mekap, Natural beauty sahaja. Tapi sayang, saya tak ambil gambar pula sepanjang mengandung. Huhu, malu perut besar. Sekarang baru menyesal sebab tak ada kenangan.

Terima kasih Shaklee kerana menjadikan saya lebih yakin dan sehingga sekarang memang tak pakai mekap setiap kali keluar rumah. Maklumlah memang tak sempat kalau dah si comel ni nak melekat je dengan mak dia. Pakai baju dan tudung dengan lengkap dah cukup baik.

Cuma sekarang saya dah amalkan lebih sikit untuk kecantikan dan kesihatan. Pilihan saya untuk kulit berseri dan glowing ialah kolagen powder Shaklee dan Vivix. Apa benda kedua-dua ini? Saya akan ceritakan dalam entry berikutnya.

Ada lagi satu yang saya lupa, berat badan saya semasa mengandung terkawal dan saya berjaya mendapat berat badan sebelum mengandung dengan badan yang lebih langsing.

Ramai yang ingin mencuba produk Shaklee tapi ragu-ragu kerana harganya agak mahal. Saya tak nafikan juga, namun sebenarnya tanggapan itu salah kerana kebanyakan produk Shaklee boleh tahan sehingga 2-4 bulan. Jadi, bukanlah setiap bulan kena beli vitamin.

Percayalah, pelaburan untuk dapatkan suplemen adalah jauh dengan kecil berbanding manfaat yang bakal anda dapat.

cantik dengan selamat
Saya dan anak perempuan saya. Sama gebu tak muka kami?

Jika anda berminat untuk cuba produk Shaklee, boleh hubungi saya untuk konsultasi dan servis yang tip top.

Fyda,

012 621 1883
fydanoh@gmail.com