Friday, 6 February 2015

5 Panduan Hilangkan Jerawat Dari Dapur Sahaja

5 Panduan Hilangkan Jerawat Dari Dapur Sahaja


Anda dah baca tak entry saya sebelum ini mengenai cara menghilangkan lingkaran gelap bawah mata? Kalau belum, boleh baca cepat-cepat artikel hilangkan lingkaran gelap bawah mata tu sebab tips yang saya kongsisangatlah simple dan murah. Lepas itu bolehlah tampil lebih anggun tanpa matapanda.

Untuk kali ini, saya ingin berkongsi tips tradisional untuk mengubat jerawat. Apa lagi pengacau yang ada pada muka seseorang wanita yang menghalang keanggunan kalau bukan jerawat? Naik jerawat sebiji pun dah riuh sekampung, apa lagi kalau muka memang mesra jerawat.

Jadi, kali ini saya bawakan 5 tips yang cukup senang, dan sudah tentu murah untuk menghilangkan jerawat. Boleh pilih mana satu yang awak suka. Kalau ada tips-tips lain, boleh kongsi-kongsi kat sini ye.

Tepung sagu


Tepung sagu amat sesuai jika jerawat awak adalah kecil-kecil dan merah. Orang kata jerawat pasir.
Caranya ialah, ambil sedikit tepung sagu, campur dengan bedak sejuk dan bancuh dengan air suam. Lepas tu awak boleh sapukan pada muka yang ditumbuhi jerawat.
Cuba lakukan setiap malam selama lebih kurang semiggu dan awak akan lihat hasil yang memberi kepuasan.

Daun teh


Caranya ialah dengan memasukkan daun teh ke dalam air yang mendidih. Apabila wapnya sudah keluar, kenakan wajah yang berjerawat kepada wap tadi.

Lakukan 1-2 kali sehari sehingga jerawat awak sembuh.

Ingat ye, daun teh tau. Bukannya serbuk teh. Kena pakat kutip daun teh di Cameron Highland.


Bedak  batu

bedak batu hilangkan jerawat
Bagi yang tak tahu, inilah rupa bedak batu.



Caranya ialah basuh muka dengan air suam. Selepas muka dikeringkan, sapulah bedak batu pada muka awak setiap malam. Esoknya, basuh dengan air bersih dan keringkan.

Lakukan langkah di atas sehingga jerawat hilang.

Bawang putih


Bawang putih adalah sesuai untuk jerawat batu.

Ambil seulas bawang putih, bersihkan dan titik sedikit. Kemudian sapukan pada jerawat yang baru tumbuh. Awak akan dapati jerawat batu awak akan segera hilang.

Pucuk jambu


Pucuk jambu boleh mengelakkan jerawat yang naik meninggalkan kesan parut yang bisa mencacatkan wajah.

Caranya ialah dengan mengambil segenggam pucuk jambu, basuh dan buangkan urat ditengahnya. Tumbuk daun jambu itu dan campurkan dengan sedikit bedak sejuk. Tempekkan ke muka sehingga kering. Apabila kering, bilas dengan air suam.

Sebaiknya diamalkan setiap malam. Awak akan dapati bukan sahaja jerawat yang hilang, malah kesan parut juga turut tiada.  

Sekarang semua orang boleh kelihatan anggun


4 comments:

  1. smuanya senang2 ja.. cuma rajin atau tak ja nak buat..hahaha
    tp pertama kali dgr bedak batu..hehehe..tak pernah tgk.. wujud lagi ka bedak tu zaman sekarang? hooho..opss,saya panggil bedak nyonya.. hehehe

    ps./ giveway tu akak boleh tgk kat sini -> http://syiralokman.blogspot.com/2015/02/giveaway-7-hari-by-syira-lokman.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye.. tak perlu pon beli mahal2. boleh guna yang ada kat dapur je. Bedak batu/nyonya tu dah lama tak nampak.. :)

      Delete
  2. Nice sharing.. kadang2 rasa was was nak pakai produk kecantikan sebab takut tak sesuai dengan kulit sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks sis sudi singgah sini. Kalau nak pilih kosmetik, kena tengok apa kandungannya, pastikan tak ada yang berbahaya.

      Delete