Friday, 10 November 2017

Tips Kulit Cantik Berseri Tanpa Mekap

Tips Kulit Cantik Berseri Tanpa Mekap


Kulit cantik adalah idaman semua orang, terutamanya wanita. Tapi, ramai yang salah konsep kulit cantik. Semua ingat kulit cantik ialah putih melepak sampai nampak salur-salur darah semuanya. Sebab tu orang sanggup pakai apa saja skincare termasu yang ada bahan kimia berbahaya untuk dapatkan kulit putih melepak.

Sebenarnya, kulit yang cantik itu bukanlah macam tu. sebaliknya kulit yang sihat, nampak berseri maksudnya tak kusamlah. Dan mudah untuk diuruskan. Kalau nak mekap, tak perlu nak tutup banyak-banyak.

Ramai orang tak tahu sebenarnya melalui kulit wajah, kita boleh tahu masalah dalaman badan kita. Boleh rujuk rajan di bawah.



Jika anda dah cuba macam-macam produk skincare, dah sapu macam-macam tapi masih juga jerawat tak lari-lari, mohon hubungi saya. Biar saya bantu selesaikan masalah kulit anda. Kita cuba cantikkan dari dalam pula. 

Ada banyak makanan yang baik untuk kulit sihat. Dan salah satunya ialah kolagen. Kolagen bukanlah berfungsi untuk memutihkan kulit atau jadi cantik macam Che Ta, tapi ia sebenarnya sangat penting dalam membaiki kerosakan tisu dan kecederaan pada kulit.

Biasanya kalau jerawat batu yang besar-besar tu selalunya akan tinggalkan parut kan? Parut ni pula mungkin ada yang timbul dan ada yang ke dalam sedikit. Untuk parut yang ke dalam, ia boleh dibantu dengan kolagen. Tapi, parut yang timbul (keloid), kolagen mungkin tak dapat membantu.

Walau bagaimana pun, pengambilan nutrien yang optimum sangat penting untuk memudahkan penyembuhan kulit.

Saya nak kongsikan testimoni Puan Safiah Adibah Ani yang mengamalkan serbuk kolagen Shaklee. Tengokkla perubahan yang ketara kulit beliau selepas amalkan kolagen Shaklee dengan konsisten.

Lepas ni boleh keluar rumah tanpa perlukan mekap lagi dan nutrien yang cukup juga melindungi kulit daripada sinaran UV yang boleh merosakkan kulit.



Fungsi Setiap Produk Dalam Set Kulit Berseri Tanpa Mekap

Set ini dilengkapi dengan 4 produk yang menjadi makanan utama kulit. Iaitu, protein, kolagen, vitamin C dan GLA.
Fungsi setiap 1 secara umum ialah:
ESP untuk kulit cantik : protin berkualiti yang membantu pembinaan sel sihat untuk pemulihan lebih cepat.
GLA untuk kulit bebas cela : membantu melembabkan kulit dan mengawal selia masalah hormon.

Kolagen untuk kulit lebih muda : memberi kesan kulit lebih anjal dan tegang dan juga menutup liang-liang pori.

Vitamin C untuk kulit lebih berseri : melindungi kulit dari pencemaran dan kerosakan akibat radikal bebas.
Anda dah tahu fungsi setiap 1 suplemen dalam set ini. Dan anda tahu vitamin Shaklee bukan sebarang vitamin. 

Segeralah buat pesanan dengan hubungi saya sekarang dengan whatsapp 012 621 1883.

Atau klik gambar jika ingin tempah sendiri

Tempah sekarang set kulit cantik tanpa mekap



Friday, 29 September 2017

Aku, Wanita Muda Jerawat Bernanah Dan Pampers Anak

Kisah Aku, Wanita Muda Jerawat Bernanah Dan Pampers Anak

Sebagai ibu bekerja memang adalah kadang-kadang tak sempat nak peduli hal rumah. Sekali tengok, pampers anak langsung dah habis. Pulak tu waktu baru balik kerja, dah malam pula tu. Alamak.. macammana jugak? Nak tak nak memang kena keluar beli la. Penat-penat pun terpaksa juga. Takkan lah anak tidur tak pakai pampers. Satu hal pula nak cuci kencing berak dia nanti.
Masa tu tengah beratur nak bayar pampers anak, saya nampakla kan dari jauh muka cashier tu. Perempuan. Muda lagi orangnya. Raut wajahnya memang nampak cantik. 

jerawat bernanah dan berdarah
Sumber : cystic acne


Tapi sayang, mukanya penuh jerawat besar-besar. Macam nak bernanah pun ada. Muka macam dah layu. Mungkin dah penat kot. Dah lama bekerja kot.
Sambil-sambil tunggu orang beratur, saya duk karang ayat dalam kepala.
Bukan apa, saya memang teringin sangat nak bantu orang-orang yang ada masalah kulit, terutamanya orang yang masih muda remaja. Saya faham, sebab saya dulu pun pernah ada masalah jerawat teruk. Masa zaman study dulu. Memang teruk sangat, sampai saya rasa tak nak keluar jumpa orang. Tapi, apa boleh buat kan? Tengah belajar pulak. Kenalah keluar pergi kelas.
Masa tu ayah saya beli ubat kat farmasi, ubat yang ada antibiotik. Risau juga dia dengan muka anak perempuan dia ni, takut takda orang berkenan kot. Tapi dia suruh jaga betul-betul sebab ni ubat terkawal kan, so mungkin ada bahan berbahaya juga lah. Alhamdulillah lepas guna ubat tu, jerawat yang teruk tu hilang, dan tak muncul-muncul sampai sekarang, cuma parutnya masih ada sikit. Never mind, I wear my scars proudly. 
Tapi sekarang saya dah guna produk lain. Produk yang semulajadi dan dijamin selamat. Yelah, kita dalam nak cantik-cantik pun selain pilih produk yang sesuai dengan kulit kita, kena pilih juga produk yang dijamin selamat. Tak ada bahan kimia dan tak menyebabkan kesan sampingan.
Saya temui semua kriteria tu dalam produk Shaklee. Bukan tak yakin dengan produk tempatan. Produk tempatan pun banyak yang bagus-bagus. Cuma jenama Shaklee dah wujud selama 100 tahun dan bertahan sampai sekarang. Setiap produknya mesti ada kajian kualiti dan keselamatan sebelum dipasarkan.
Saya tahu, ramai yang menuding jari kepada produk Shaklee yang menyebabkan macam-macam penyakit tapi sampai sekarang belum terbukti, malah ada yang menarik balik kenyataan tersebut. Shaklee tak adalah saman-saman pun orang yang kutuk produk dia. Sebabnya tak sampai level diorang la nak layan komplen-komplen tak berasas macam tu. Kalau kena saman, agak-agak mampu tak nak bayar. Syarikat antarabangsa pula ni.

Set Berseri Tanpa Jerawat Bantu Kurangkan Jerawat Dalam 6 Bulan

Masalah kulit boleh berlaku sekiranya kulit tidak mendapat nutrisi yang cukup dan terdedah kepada benda-benda yang merosakkannya. Dalam kes jerawat, ia terjadi disebabkan oleh liang roma yang tersumbat.
Faktor penyebab jerawat ialah keradangan. Banyak benda yang boleh menyumbang kepada keradangan. Stress, pemakanan dan terdedah kepada pencemaran, termasuk asap rokok dan pencemaran persekitaran kita. 
Kulit juga perlukan nutrisi yang cukup untuk sihat. Shaklee dan susun produk yang sangat penting untuk kulit. Bila kita bekalkan kulit kita dengan nutrisi yang cukup, dia akan membaikpulih sendiri untuk menghasilkan kulit yang lebih sihat dan bermaya.
Apa yang kita dapat?
Kesihatan dari dalam yang dipancarkan ke luaran.
Tapi sebenarnya kan...
Orang selalu komplen, produk Shaklee ni selalu nak kena ambik banyak-banyak. Cik kak... awak kena sedar, dalam makanan harian kita pun untuk cukupkan keperluan nutrisi harian kena makan pelbagai jenis makanan. Begitu juga makanan tambahan, tak boleh nak campur semua sekali dalam 1 produk saja. Sebab setiap zat tu fungsi dia berbeza.

Fungsi Setiap Produk Dalam Set Kulit Berseri Tanpa Jerawat

Set ini dilengkapi dengan 4 produk yang menjadi makanan utama kulit. Iaitu, protein, kolagen, vitamin C dan GLA.
Fungsi setiap 1 secara umum ialah:
ESP untuk kulit cantik : protin berkualiti yang membantu pembinaan sel sihat untuk pemulihan lebih cepat.
GLA untuk kulit bebas cela : membantu melembabkan kulit dan mengawal selia masalah hormon.

Kolagen untuk kulit lebih muda : memberi kesan kulit lebih anjal dan tegang dan juga menutup liang-liang pori.

Vitamin C untuk kulit lebih berseri : melindungi kulit dari pencemaran dan kerosakan akibat radikal bebas.
Jangan tunggu lama-lama untuk selesaikan masalah jerawat anda. Makin lama, makin melarat.

Hubungi saya sekarang untuk menempah Set Kulit Berseri Tanpa Jerawat Sekarang dengan whatsapp 012 621 1883.

jerawat berdarah

Nak sambung sikit cite beli pampers tadi. Tiba masa daku nak membayar. Adik tu dah scan pampers anak saya yang saya bawa tadi.

Eh eh eh.. kenapa saiz S? Anakku pakai saiz M la.. boleh tukar tak?
.
Boleh kak..
.
Berbalas senyuman.
.
Tulah berangan, sampai tak perasan apa yang diambiknya..
.
😅😅
Kecantikan terletak pada mata yang memandang. Kecantikan di wajah terzahir dari kecantikan dalam hati. Cantikkan hati, cantiklah zahirnya.

Jangan lupa whatsapp saya di 012 621 1883 untuk membuat tempahan Set Kulit Berseri Tanpa Jerawat ya...

Sunday, 24 September 2017

Cara Putihkan Kulit Muka Dengan Selamat Tanpa Bahan Kimia Berbahaya

Cara Putihkan Kulit Muka Dengan Selamat Tanpa Bahan Kimia Berbahaya


Memiliki kulit putih dan cerah adalah idaman wanita-wanita Asia. Tak ketinggalan juga wanita di Malaysia ni. Nak nampak jelita macam wanita-wanita di Korea. Cantik kan kulit dorang? Memang cantik sangat. Putih melepak. Gebu lagi. Siapa tak teringin kan?

Masalahnya, bila nak kulit cerah tu dalam tempoh yang singkat. Tak sabar-sabar nak putihkan kulit. Jadinya, sanggup guna kosmetik-kosmetik yang bahaya. Kononnya boleh bagi kesan segera. 

Putih dalam 3 hari.

Cerah dalam seminggu.

Itulah yang wanita mudah terpengaruh. Akhirnya, memang putih pun dalam masa 3 hari. Masalahnya bila berhenti guna produk tu, rosak kulit muka. Sebabnya lapisan paling luar dah dihakis. Umpama kita guna Clorox untuk cuci baju. Begitulah produk kecantikan ini melunturkan kulit kita.

Petua putihkan kulit muka


Apa Bahan Kimia Yang Digunakan Dalam Produk Pemutih Bahaya Untuk Kesihatan


1. Hidrokinon (Hydroquinone)

Bahan kimia ini berfungsi dengan mengurangkan penghasilan melanin supaya kulit kelihatan lebih cerah. Melanin ialah pigmen yang memberi warna lebih gelap kepada kulit manusia, rambut dan mata. Orang berkulit gelap maksudnya pigmen melanin dia lebih banyak berbanding orang kulit cerah.

Penggunaan hidrokinon yang melebihi 2% secara berterusan boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, kerosakan hati dan kanser darah putih.

2. Merkuri

Merkuri ni adalah bahan kimia beracun. Digunakan dalam termomter yang cek suhu tu. Kalau ada kebocoran merkuri, contohnya termometer pecah kena hubungi pihak berkuasa terus. Jangan pandai-pandai nak lap sendiri pulak. Wap dia tu pun dah boleh menyebabkan keracunan.

Merkuri berfungsi untuk mengecilkan saiz jeragat atau kesan-kesan hitam di kulit, tapi sebenarnya benda tu masih ada kat situ. Kalau berhenti pakai produk yang ada merkuri ni, bintik-bintik hitam tu akan kembali, malah mungkin jadi lebih teruk.

Merkuri yang disapu pada kulit akan meresap ke dalam salur darah. Antara kesan bahan kimia ini ialah alahan pada kulit, muntah-muntah dan cirit-birit. Penggunaan yang berpanjang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, kerosakan saraf otak, kanser, Alzheimer, Parkinsin, dan boleh mengganggu perkembangan bayi jika wanita itu mengandung.

3. Rhodamin B

Bahan ini sebenarnya digunakan dalam industri pakaian untuk mewarnakan kain, tapi sekarang dah masuk dalam produk kosmetik.

Fungsinya ialah untuk memberi kesan kemerahan pada wajah.

Kesan rhodamin ialah sesak nafas, kerosakan hati dan kanser.

4. Asid retinoik 

Bahan ini banyak digunakan dalam produk anti-jerawat dan produk pemutih sebab boleh membuatkan kulit menggelupas. Konon-konon bersalin kulit baru. Tapi sebenarnya kulit boleh jadi kering dan rasa terbakar. Dah tentu jadi sensitif bila terkena panasnya matahari.

Selain itu juga, ia bersifat teratogenik iaitu boleh menyebabkan kecacatan bayi.

Walapun terdapat bahan-bahan diatas dalam banyak produk kosmetik berjenama dan dikatakan dalam kuantiti yang selamat, tapi waspadalah sebab bahan kimia tu tetap berbahaya. Kita guna kosmetik tu bukan sehari dua. Mungkin sampai tua kot.

Lagi-lagi kalau yang suka sangat beli produk palsu. Yang tak tau apa benda dicampur dan berapa racun-racun tu.

Sekali pakai memang lah ada perubahan pada muka. Lama-lama penyakit lain pula yang datang.

Bertukarlah Kepada Produk Selamat, Berkualiti Dan Terjamin


Saya percaya semua orang macammana nak cantik pun, mesti akan fikirkan keselamatan dan kesihatan diri terlebih dahulu.

Betul tak?

Jadi, saya nak cadangkan produk yang dijamin selamat dan berkesan.

cerahkan kulit muka

Nampak tak beza wajah mereka? Daripada dulu Dayang Senandung, sekarang dah jadi Snow White. 
Mungkin ambil masa agak lama, tapi sangat berbaloi kerana kesannya berpanjangan dan paling penting produk ini selamat.

Saya gelarkan Set ini  sebagai Set Mencerah Dengan Selamat

Fungsi Setiap Produk Dalam Set Mencerah Dengan Selamat


ESP untuk kulit cantik : protin berkualiti yang membantu pembinaan sel sihat untuk pemulihan lebih cepat.

GLA untuk kulit bebas cela : membantu melembabkan kulit dan mengawal selia masalah hormon.

Kolagen untuk kulit lebih muda : memberi kesan kulit lebih anjal dan tegang dan juga menutup liang-liang pori.

Vitamin C untuk kulit lebih berseri : melindungi kulit dari pencemaran dan kerosakan akibat radikal bebas.


Kulit yang lebih cerah dan kemerah-merahan kita boleh dapatkan apabila bekalkan kulit kita dengan nutrisi yang cukup dan diperlukan. 

Untuk tempahan produk ini atau sebarang info boleh whatsapp Fyda di 012 621 1883



Monday, 18 September 2017

Cara Merawat Kulit Muka Rosak Dan Berjeragat Akibat Bekerja Bawah Matahari

Cara Merawat Kulit Muka Rosak Dan Berjeragat Akibat Bekerja Bawah Matahari


Zaman sekarang wanita lebih lasak. Ramai dah bekerja di lapangan dan perlu berada bawah matahari. Kalau ada yang kerja di ofis pun tetap perlu terdedah kepada matahari. Kita tahu, sinar UV matahari adalah sinar yang boleh merosakkan kulit, menyebabkan kulit sunburn dan mudah naik jeragat.

Sangatlah tak cantik kulit muka tak sekata, jeragat yang tebal dan usia masih muda. 20-an, 30-an dah penuh dengan jeragat. Tentulah kita tak nak kan?

Baru-baru ni bersembang dengan kawan saya. Kata dia, kita ni dah masuk 30-an kena pakai sunblock walaupun kerja dalam ofis. Sebabnya kulit kita dah tak sama macam orang-orang muda. Kolagen dah makin kurang. Dan lampu dalam pejabat tu sebenarnya ada sinaran UV.

Jadi, saya nak kongsikan kisah seorang pengguna suplemen yang berkualiti yang sangat berpuas hati dengan perubahan kulitnya selepas rosak teruk kerana kerja di bawah matahari.



petua hilangkan jeragat


Orang Sangka Umur 40-an, Wanita Bertekad Kembalikan Kecantikan


Saya adalah pengguna tegar Vivix sejak Mei 2017, dulu pernah juga cuba Vivix, tapi konsisten macam sekarang. Kesan Vivix kepada kulit saya tidaklah begitu cepat mungkin sebab saya tidak melindungi kulit dengan sun block bila keluar rumah.
.
ESP dengan Vita C memang supplement harian saya. Dari mula saya bersama Shaklee sampailah sekarang. Ada jugalah stop setahun dua waktu tidak aktif. Masa itu memang nampak muka kusam, tenaga pun entah ke mana.
.
Jadi, mula pada bulan Julai saya ambil Collagen pula. Bertekad mau cantik sudah, sebab disangka umur 40an. Perempuan mana yang tidak suka bercantik? Biarpun saya tidak kisah, tapi untuk suami tercinta mestilah mau cantik kan?
.
30 Julai 2017, saya ambil gambar ini selepas habis 1 kotak Collagen. Sebelum 30/7/17, pori pori saya lagi besar dari ini. Lagi teruklah pendek kata. Jadi saya tambah GLA Complex dari saat itu. Secara tidak langsung, saya amal Set The Radiant 4 bermula dari 30/7/2017.
.
Semakin hari, saya sendiri merasakan kulit muka saya semakin baik. Jeragat semakin berkurang. Dan yang paling saya perasan adalah kulit tidak lagi kusam macam dulu. Belum flawless lagi, tapi nampak perbezaan selepas 1 bulan.
.
Harap testimoni saya ini memberi manfaat kepada yang lain. Jangan putus harapan, cuba The Radiant 4, pasti ada harapan. Tidak cuba, janganlah mengharap.



tips rawat jeragat


Setiap Masalah Ada Penyelesaiannya, Terutamanya Masalah Jeragat


Jeragat memang sukar untuk dihilangkan, tapi dengan cara yang betul, tak mustahil. Asalkan anda jangan putus harapan.

Dapatkan Set Radiant 4 anda sekarang.

Jangan biarkan jeragat berterusan menjejaskan keyakinan diri anda.

Boleh whatsapp Fyda dengan klik link ini ---> http://radiant4untukjeragat.wasap.my

Wednesday, 13 September 2017

Antara Produk Kecantikan Yang Berkesan Dan Selamat Atau Produk Yang Murah, Mana Satu Pilihan Anda?


Antara Produk Kecantikan Yang Berkesan Dan Selamat Atau Produk Yang Murah, Mana Satu Pilihan Anda?

Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkah. Tapi, sebenarnya ramai yang berkira untuk keluarkan duit untuk kecantikan dan kesihatan. Jika kita jaga kesihatan sebenarnya, secara automatik kulit kita pun akan jadi cantik. Tapi, ramai orang saya jumpa sangat berkira untuk belanjakan untuk kesihatan dan kecantikan sendiri.

Apa pendapat anda?

Kalau orang yang betul-betul rasa diri dia berharga, betul-betul nak jaga apa yang dia ada, tak nak tua sebelum masanya, anda percaya tak dorang sanggup habiskan RM5000 sebulan? Untuk barang-barang kecantikan sahaja. Malah lebih daripada tu pun ada.

Terkejut?

Saya pun terkejut, tapi itulah hakikatnya orang banyak duit. Mereka akan cari produk yang berkualiti, mahal pun tak apa. Asalkan berkesan dan tidak berbahaya kepada mereka.

Kadang-kadang kita rasa kita guna kosmetik atau skin care yang murah-murah cukuplah. Kita bukannya sapa-sapa pun. Tapi bila kira-kira balik rupanya lagi mahal daripada yang kita kata mahal. Sebabnya cepat habis. Balik-balik kena beli. Dan tak berkesan pula. Sedangkan produk yang kita mahal tu lagi tahan lama dan berkesan.

Kalau tak berkesan ok lagi. Kalau ada bahan berbahaya? Kita nak jaga kesihatan kulit, tapi rupanya lebih terdedah kepada kerosakan. 


produk kecantikan selamat dan berkesan


Jadi, pilih baik-baik produk kecantikan anda ya.

Sempena promosi Shaklee bulan ini, iaitu produk untuk kecantikan. Saya nak cadangkan lah produk yang selamat dan berkesan. 

Kenapa saya percaya sangat produk Shaklee ni? Semua produk Shaklee sebelum dipasarkan perlu menjalani ujian yang ketat. Untuk uji keberkesanan dan kualitinya. Jadi, yang ada di pasaran tu dah diuji dan selamat.

Produk Shaklee juga dijamin berkesan jika digunakan dengan konsisten. Tapi bila nak berkesan tu bergantung kepada badan masing-masing lah. 

Ada 4 suplemen yang Shaklee sediakan untuk kesihatan dan kecantikan kulit kiita.

Kenapa Sampai 4? Banyaknya......!!!!

Ada sebab kenapa Shaklee cadangkan 4 suplemen ni. Sebab setiap suplemen tu menjalankan fungsi berbeza. 

Jom tengok fungsi setiap 1 produk dalam set ini.

1. ESP  


Minuman protein lengkap dengan semua amino asid untuk membina sel baru dan gantikan sel mati. Sel kulit kita bertukar dalam 24-28 hari. Nak buat sel baru tu, mesti cukup nutrisi dia, terutamanya asid amino yang menjadi asas pembinaan DNA.

2. Kolagen 


Semua tahu kebaikan kolagen untuk kulit. Kalau nak tahu, kolagen ni dia bagi anjal kulit kita. Macam kulit baby. Ada toink toink efek bila ditekan. 

3. Vitamin C 


Adalah antioksida yang memusnahkan radikal bebas yang merosakkan kulit kita. Kalau radikal bebas berlebihan tu yang jadi kulit kering, kusam & berkedut.

4. GLA 


Asid lemak omega-6 yang merupakan anti radang yang baik dan bantu melembapkan kulit.


Ni kira nutrisi yang asas la untuk kesihatan kulit. Tapi sebenarnya untuk berfungsi dengan baik, sel kita perlukan pelbagai nutrien. Untuk kesihatan kulit, bolehlah konsisten keempat-empat suplemen ini.

Kalau dah cukup nutrisi untuk kulit, tunggu jelah kulit kemerahan-merahan, pinkish. Masa tu tak perlu mekap tebal-tebal pun dan nampak cantik dan glowing.

Natural beauty gittew..

Kalau ada yang nak kahwin ke hujung tahun, atau nak wajah yang glowing menjelang tahun baru memang patut mulakan sekarang. Untuk menunjukkan kesan yang baik, dia akan ambil masa juga. Bila sampai hari bahagia tu, ngam-ngamlah kulit pun dah cantik.

Bulan ni ada promo pula tu. Memang ngam sangat nak try The Radiant 4. Itulah nama yang Shaklee bagi. Sebab memang kulit berseri dan glowing punya.

Pengalaman Pengguna The Radiant 4 Yang Sangat Berpuas Hati

hilangkan jerawat dengan cepat


Seorang pengguna set Radiant 4 selama 3 bulan mendapat perubahan yang ketara pada kulit mukanya. Kalau sebelum tu, berjerawat, berminyak. Tapi lepas penggunaaan yang konsisten, nampak kan perubahan mukanya. Licin, berseri. Mekap pun tak perlu tebal-tebal.

Boleh hubungi saya sekarang untuk info lanjut dan order. 

www.wasap.my/60126211883