Saturday, 9 June 2018

6 Cara Atasi Tona Kulit Tak Sekata Dengan Bahan Semulajadi Dari Dapur




6 Cara Atasi Tona Kulit Tak Sekata Dengan Bahan Semulajadi Dari Dapur


Kulit dengan tona tak sekata walaupun tak menyebabkan kesakitan tapi bila tengok cermin sangat lah tak best. Sini cerah, sana bertompok. Sini gelap.. Hissyy tak cantik sangat kan.

Sebenarnya untuk atasi masalah tona kulit tak sekata ni, kita perlukan nutrisi dari dalam. Maknanya memang kena ambik vitamin atau suplemen.

Tapi, ramai orang lebih suka pakai produk yang tepek-tepek kat muka kan? Sebab kononnya kalau makan lagi bahaya.

Sebenarnya produk yang tepek kat muka lagi bahaya kalau ada bahan kimia yang tinggi. Sebab dia terus diserap masuk saluran darah.

Anyway, saya nak berkongsi masker dari bahan semulajadi untuk kulit tona tak sekata yang boleh didapati daripada dapur anda sendiri.

atasi kulit bertompok

1. Bijirin Oat 


Bijirin oat bukan saja berkesan untuk kurangkan kolesterol dan lemak tapi sangat bermanfaat untuk kecantikan kulit. Bijirin oat membantu untuk hilangkan kesan-kesan kemerahan dan keradangan disebabkan oleh sinaran cahaya matahari, kulit kering atau alergi.

Cara penggunaanya ialah dengan blend bijirin oat supaya lebih halus dan campurkan dengan sedikit air. Gunakan campuran ini sebagai skrub muka. Skrub selama 3 minit untuk mendapatkan kulit yang lembut dan mulus. Lakukan sekerap 3 kali seminggu dan hasilnya sangat lah amazing.

2. Air Perahan Lemon 


Air perahan lemon membantu untuk menghilangkan minyak yang berlebihan, mempercepat pertukaran sel kulit dan mengembalikan warna kulit kembali sekata. Kulit akan mudah berjerawat dan black head akan mudah timbul jika kulit wajah anda terlebih minyak.

Ratakan air perahan lemon di kulit dan biarkan kering. Setelah itu, barulah dibilas sehingga bersih dan rasakan muka lebih bersih dan segar dan yang penting tak berkilat-kilat dek lebihan minyak.

Tapi hati-hati jika kulit anda kering dan ada luka mungkin rasa pedih sangat.

3. Kunyit dan Yogurt 


Kunyit memang digunakan sejak zaman nenek moyang kita dan sangat membantu untuk mengurangkan masalah tona kulit tak sekata.

Ambil satu sudu kecil serbuk kunyit dan campurkan dengan 3 sudu kecil yogurt. Gaul sampai rata. Lepas tu, sapukan di muka sebagai mask. Biarkan selama 20 minit. Lepas tu, basuh dengan air suam. Lakukan mask ini 3 kali seminggu untuk kesan yang cepat.

4. Kentang Dan Lemon 


Kentang dan air perahan lemon juga sangat berkesan untuk meratakan warna kulit. Bersihkan kentang dan kisar bersama air perahan lemon. Kacau rata campuran itu dan sapu di muka. Lakukan secara rutin, 2 kali sehari untuk lihat kesan yang terbaik.

5. Air Kelapa 


Air kelapa memang best diminum, lagi kalau musim cuaca panas. Jangan taktau, air kelapa juga dapat membantu untuk kecantikan kulir. Basuh muka dengan air kelapa setiap pagi, biarkan ia kering sendiri pada wajah. Lepas dah kering, bilas semula wajah dengan dengan air bersih. Air kelapa dapat mencerahkan kulit, mengatasi wajah kusam, melicinkan kulit dan mengecutkan jerawat.

Tapi, mesti guna air kelapa fresh yaa.. Bukan beli kat kedai yang dicampur gula tu.

6. Ubi Sengkuang 


Antara khasiat yang terkandung di dalam ubi sengkuang adalah ianya dapat membantu menyejukkan kulit di samping menyegar dan menjadikan kulit cerah dan sekata.

Caranya adalah dengan membersihkan sengkuang dan sagat isi nya. Sapu rata ke seluruh muka dan leher seperti masker. Biar 15-20 minit sampai kering dan bilas muka dengan air suam. Insha Allah, berkesan.

Tapi kalau tak rajin nak buat benda-benda tepek kat muka semua ni, saya nak cadangkan produk yang anda boleh makan untuk mendapat kulit dengan tona sekata. Apatah lagi, seperti sel-sel lain, kulit kita juga perlukan nutrisi dari dalam untuk berfungsi dengan baik.

Vitamin C



1. Memang diperlukan untuk penghasilan kolagen yang sememangnya diperlukan untuk keanjalan kulit.

2. Membantu penyembuhan luka jerawat

3. Bertindak sebagai antioksida yang meneutralkan radikal bebas yang merosakkan kulit.

GLA Complex



1. Mengurangkan keradangan pada kulit. Kalau ada keradangan, kulit kita pun akan rosak.

2. Untuk kestabilan hormon, jadi boleh kurangkan jeragat dan jerawat.

3. Melembapkan kulit dan melindungi dari sinaran UV.

4. Boleh bagi kesan glowing kepada kulit.

Co-Q Trol Plus



1. Meningkatkan tenaga sel untuk membaiki sel yang rosak.

2. Bantu hilangkan jeragat

3. Bantu kulit berseri dan awet muda

4. Mengurangkan kedutan dan menganjalkan kulit

ESP (Soy Protein Isolate Powder)


1. Protein diperlukan untuk membaiki sel kulit dan menghasilkan sel baru yang baik.

2. Mengurangkan parut, menjadikan kulit cerah, gebu dan cantik walau tanda kedutan.

Shaklee Kolagen


1. Semua tahu kan kolagen sangat bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Tapi kolagen Shaklee adalah terbaik sebab molekul yang sangat kecil dan mudah meresap.

2. Diekstrak daripada sisik ikan merah.

3. Terbukti meningkatkan penampilan kulit sebanyak 71% selepas penggunaan secara konsisten selama 8 minggu.

Produk-produk ini adalah sangat penting untuk kesihatan kulit kita kerana membekalkan nutrien yang sangat baik untuk kulit.


Pertanyaan Tona Kulit

Whatsapp 'tona kulit' ke 012 621 1883. Atau klik sini www.wasap.my/60126211883

Belian secara online, klik sini : Tempah Sekarang Set Tona Sekata

  

No comments:

Post a Comment