Wednesday, 25 July 2018

3 Tips Pilih Serum Wajah Yang Sesuai Dengan Kulit

3 Tips Pilih Serum Wajah Yang Sesuai Dengan Kulit Anda


Kali ni saya nak share berkenaan serum. Serum adalah antara skin care terpenting untuk awet muda dan mengekalkan keremajaan kulit. Serum selalunya lebih mahal antara semua skin care sebab mengandungi kepekatan bahan aktif paling tinggi. Kebanyakan skin care memang masukkan bahan aktif dalam serum. 
Sebelum tu, anda kena tengok video ni tau sebab saya kongsi 3 tips untuk pilih serum yang sesuai dengan kulit anda









Apakah Serum Dan Apa Fungsinya Untuk Kecantikan?


Serum adalah salah satu skin care yang boleh membantu untuk kembalikan keremajaan kulit. Untuk awet muda lah senang. Kebanyakan skin care masukkkan bahan aktif ke dalam serum. Sebab tu serum sangat berkesan untuk hilangkan kedut, parut jerawat dan juga jeragat. 
Sebaiknya sebelum pakai serum, kita cuci muka dulu. Sebab kalau banyak kotoran di muka, serum mungkin susah nak menyerap masuk ke dalam kulit. 
Nak apply apa-apa skin care mestilah urut dari bawah ke atas, supaya kulit kita tak melanjut ke bawah.
Yang paling istimewa pada skin care YOUTH ialah semua produk dalam rangkaian skin care ni mengandungi bahan aktif, tapi serum YOUTH mengandungi 10x ganda kepekatan bahan aktif sebagai langkah memulihkan sel kulit yang kritikal. 


Youth Activating Serum terbaik daripada Shaklee




Terdiri daripada campuran vitamin, polifenol dan YOUTH Complex kami yang berkesan, ia menggalakkan penghasilan kolagen dan pembaharuan pada peringkat sel, membuatkan kulit anda berkelakuan lebih muda untuk mencapai keremajaan dan keserian terunggul.



Bahan aktif yang ada dalam serum YOUTH ni ialah :





1. Apple stem cell extract – Kajian menunjukkan ia dapat mengaktifkan dan mempercepatkan pembaharuan sel kulit untuk kulit kelihatan lebih muda. Ia juga mengekalkan serta memperbaikit tisu kulit supaya kulit anda kelihatan lebih berseri dan lembut



Kenapa Shaklee menggunakan sel stem apple?




Mula-mula kena tahu Shaklee bukan gunakan epal sembarangan, tapi Epal Swiss yang memang orang tak makan pun sebab rasanya yang pelik. Epal ni telah dikaji dan terbukti secara klinikal tak buruk selama berbulan-bulan sebab keupayaannya membaikpulih sel sendiri. 


      1.Meningkatkan pengeluaran sel stem manusia

      2.Melindungi sel dari tekanan

      3.Mengurangkan kedut.

2. Muscadine Grape – Polifenol Melindungi dan memperbaiki DNA sel dan dalam masa yang sama menghalang kerosan kolagen dan elastin.
3. Lotus Japonicus – Mengaktifkan Protien Youth yang penting untuk penjanaan semula sel bagi menghasilkan lebih kolagen, elastin dan fibrilin.
4. Schisandra Chinensis Fruit Extract – Secara tradisionalnya, herba ini digunakan di China, Korea dan Jepun untuk melegakan dan menenangkan keradangan dan kegatalan kulit. Ia bertindak menyokong struktur kulit muda dengan menyuburkan kulit dengan vitamin semulajadi dan antioksidan.
5. Vital Repair+ Complex – Memberikan Nutrien Anti oksida dan vitamin-vitamin penting untuk menghalang radikal bebas dari merosakkan kulit dan menggalakkan sel yang sihat

6. Encapsulated Vitamin A - Membantu untuk mengekalkan kesihatan kulit, mengurangkan kulit kusam, tona tak sekata, kedutan dan lebam bawah mata.
Mula-mula kena tahu Shaklee bukan gunakan epal sembarangan, tapi Epal Swiss yang memang orang tak makan pun sebab rasanya yang pelik. Epal ni telah dikaji dan terbukti secara klinikal tak buruk selama berbulan-bulan sebab keupayaannya membaikpulih sel sendiri. 

7 Kelebihan Dan Keistimewaan Youth Shaklee Berbanding Produk Lain Di Pasaran

  • Dihasilkan selepas 8 tahun kajian dan mempunyai 8 ‘patent pending’
  • Terbukti melalui kajian klinikal bebas daripada 2500 jenis bahan kimia berbahaya
  • Sesuai untuk semua lapisan usia dan semua jenis kulit
  • Keputusan ujian klinikal menunjukkan 100% wanita yang menggunakannya memiliki kulit yang lebih muda
  • Produk ‘vegan’ – tidak mengandungi bahan berasaskan haiwan
  • Bebas kekejaman ke atas haiwan. Ia tidak menjadikan haiwan sebagai bahan ujian
  • Bebas gluten

So, Youth memang memenuhi syarat yang menjamin kulit cantik dan selamat untuk jangka masa panjang.

Cara Nak Dapatkan Serum YOUTH

Anda boleh dapatkan serum saja, ataupun kalau nak hasil yang superb, terbaik mesti kena dapatkan 1 set YOUTH terus.


Boleh hubungi saya Fyda Noh - 012 621 1883 untuk tempahan sekarang dan dapatkan konsultasi terbaik untuk hasil yang terbaik.

(www.wasap.my/60126211883)


Sunday, 22 July 2018

Tips Pilih Pelembap Muka Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Tips Pilih Pelembap Muka Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit


Bila kita makin sibuk bekerja, makan pun tak sempat, kadang-kadang nak cuci muka betul-betul pun tak ada masa. Last-last kulit jadi kering dan kusam dan nampak tak cantik.

Berita gembira untuk anda yang sibuk tapi nak jaga muka. Sebab Shaklee keluarkan produk terbaik - 
 YOUTH Perfecting Skin Toner akan membantu kulit muka yang kering  kembali segar seperti embun menitis pada daun waktu pagi.


Fungsi toner ialah untuk membersihkan kulit dan membebaskan kulit dari sel kusam dan pencemaran alam sekitar.  Toner Shaklee akan membebaskan kulit kita dari sel-sel kusam dan pencemaran alam sekitar.



Konfem tak puas nak menatap wajah sendiri di cermin, bagai menatap bidadari.

Jerawat pun segan nak datang. Dulu muka macam katak puru, sekarang dah macm katak pisang. Licin aje.. Macam cermin, macam mutiara. Kalau nak baca pasal cara nak hilangkan jerawat, boleh baca kat Jerawat Batu Bernanah Cepat Hilang.

rawatan jerawat batu




Kelebihan Toner Shaklee YOUTH Berbanding Toner Brand Lain


Bagi yang dah lama pakai Shaklee, mesti tahu yang sebelum ini ada produk Nutriwhite. 

Tapi Nutriwhite dah digantikan dengan skincare Youth. 


Dulu dalam Nutriwhite pun ada toner juga, sekarang ni toner baru Youth dah dikeluarkan menggantikan produk tersebut. Pakai toner seeloknya di gandingkan dengan serum untuk hasil terbaik. 


Boleh klik sini untuk baca tentang serum yang aktifkan penghasilan kulit baru.

Produk Skincare Shaklee terbaru yang dilancarkan pada 2017 ini, mempunyai lebih banyak kelebihan kepada kulit kita. 

Skincare ini akan memberikan perlindungan lengkap siang dan malam untuk kita semua. Siang pakai krim siang dengan perlindungan terhadap cahaya uv matahari. Malam pula pakai krim malam Shaklee. (Bagus pakai night cream Youth tau, baca review lengkap di sini.)

Skincare YOUTH dari Shaklee dirumus secara khusus untuk menangani pelbagai kesan penuaan kulit.

Bebas dari bahan kimia berbahaya dan selamat digunakan semua golongan usia, termasuklah wanita hamil. Skincare dan suplemen Shaklee memang bagus untuk ibu hamil

Jadi tak tak perlulah tukar skincare masa hamil, tak perlu risau kimia berbahaya memberikan kesan negatif pada anak dalam kandungan.

Yang paling best dalam toner ni ialah kerana kandungan produk botani yang semestinya organik dan bebas daripada racun kimia dan racun serangga.


Bahan Utama Dalam Toner YOUTH Shaklee


1. Anggur Muscadine

Kajian tentang anggur Muscadine ini telah menemui polifenol anggur seperti resveratrol yang penuh kebaikan untuk kesihatan dan sedang dalam dipatenkan oleh Shaklee. 

Anggur muscadine mengandungi sejumlah besar antioksida dan fitokimia yang bermanfaat yang membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan radikal bebas.


Radikal bebas ni kita dapat secara langsung daripada sinar UV matahari dan juga pencemaran sekeliling kita.


Pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin dan antioksida akan membantu kulit kita menghalang kesan negatif dari radikal bebas dan mendapat khasiat untuk nampak cantik dan muda. (Lebih info tentang vitamin shaklee yang bekalkan khasiat untuk kulit cantik.)


Pendedahan kepada radikal bebas ni boleh menyebabkan kulit muka kita cepat tua. 



2. Vital Repair+® Complex – Kaya dengan nutrien anti-oksida dan vitamin-vitamin penting ntuk menghalang radikal bebas dan menggalak tumbesaran sel sihat.

Antara vitamin yang ada dalam Vital Repair ni ialah vitamin C dan E yang diketahui umum sangat baik untuk kulit.

3. Exfoliating Green Algae Complex – Menghaluskan kulit daripada sel mati secara lembut tanpa penggunaan microbeads yang boleh merosakkan sel kulit.

Green Algae Complex membuang kotoran pada kulit wajah tanpa mencederakan sel kulit.



Bila masa terbaik menggunakan Toner Shaklee?

Selepas membasuh muka menggunakan pencuci muka yang sesuai dengan kulit kita, liang roma kulit akan terbuka dan mengeluarkan segala kotoran dan bakteria.

Selepas ini, masa terbaik menggunakan toner untuk memerangkap lembapan di dalam kulit.


Boleh klik sini pencuci muka yang best dan sesuai dengan semua jenis kulit.


Gunakan kapas muka yang bersih dan sapu dengan lembut ke seluruh kulit muka. Gunakan 2 kali sehari setiap hari. Dan hasilnya pasti memuaskan hati anda.


7 Kelebihan Menggunakan Toner Dengan Betul Kepada Kulit Muka Kita

Ada banyak kelebihan yang kita perolehi jika rajin memakai toner.

1. Toner akan mengecilkan saiz bukaan liang-liang roma.

Lepas kita cuci muka, pori-pori di muka akan terbuka. Jadi, bila kita sapu toner, dia akan trut mencuci minyak pada muka kita dan mengecilkan pori yang terbuka.


2. Toner akan mengembalikan keseimbangan pH kulit kita.


Kulit kita secara semula jadi adalah berasid, dengan pada kebiasaannya mempunyai keseimbangan pH antara 5 dan 6.


Setiap kali kita membasuh muka kita dengan sabun pembersih wajah, keseimbangan ini akan terjejas disebabkan oleh sifat alkali sabun tersebut. 


Untuk kembalikan pH asal kulit, mungkin kulit perlu keluarkan lebih banyak minyak. Sebab tu kadang-kadang kulit kita rasa lebih berminyak lepad dicuci. 


Penggunaan toner dapat memberikan keseimbangan ini dengan cepat. 


Boleh klik sini untuk cleanser yang menjaga keseimbangan pH kulit.


3. Toner akan menambah lapisan perlindungan kulit.


Toner membantu menutup liang roma dan mengetatkan jurang sel selepas pembersihan dilakukan.


Ini sekali gus mengurangkan kekotoran dari alam sekitar masuk kembali ke dalam kulit. Toner juga adalah skin care yang sangat penting utnuk dipakai bila anda bekerja di lapangan ataupun sedang melancong. 



4. Toner memerangkap lembapan.

Sesetengah toner, seperti YOUTH Perfecting Skin Toner bersifat humectants, yang membantu memerangkap lembapan di dalam kulit.


5. Toner menyegarkan kulit.

Bagi wanita yang aktif dan bekerja di lapangan, mungkin kulit wajah akan lebih terdedah kepada pencemaran. Muka senang berminyak atau kotor. 


Toner sangat sesuai digunakan untuk menyegarkan kembali kulit kita walaupun semasa sedang dalam perjalanan.


6. Toner Untuk Detoks Kulit

Zaman sekarang ni, serba serbi bahan kimia digunakan dalam makanan dan produk harian.
Hasilnya, toksin yang menjejaskan kesihatan dan penampilan kulit.

Toner muka yang bagus akan berfungsi untuk menghilangkan toksin atau racun yang berasal daripada alam sekitar seperti asap dan bahan kimia lain yang melekat pada kulit kita sepanjang berada di luar. 


7. Kurang Masalah Jerawat.

Jerawat terjadi apabila pori muka tersumbat dengan kotoran dan berlaku keradangan  ataupun disebabkan oleh jangkitan bakteria. 


Fungsi toner ialah mencuci ke dalam pori untuk buang kotoran dan juga mengecilkan liang pori supaya tidak memerangkap sebum. 



Amaran & langkah berjaga jaga semasa menggunakan toner Shaklee.



Toner ini mestilah di elakkan dari bersentuhan dengan mata semasa menggunakannya.




Kesimpulan

Sekiranya kita inginkan kulit yang lebih bersih tanpa masalah jerawat, boleh pertimbangkan untuk menggunakan toner.

Penggunaan toner bersama sama dengan pencuci muka yang sesuai akan membantu kita menyelesaikan masalah jerawat di masa akan datang.


Apa yang penting, kita disiplin dalam menggunakannya.


Jom Cuba Set Youth Shaklee! Hubungi saya untuk mendapatkannya secara eksklusif berserta konsultasi yang terbaik. Juga boleh menikmati harga lebih jimat sehingga 20% dengan menjadi ahli Shaklee. Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Fyda Noh 012 621 1883 (www.wasp.my/60126211883)


Saturday, 14 July 2018

Cara Cuci Muka Dengan Betul Dan Berkesan Guna Cleanser Paling Best

Cara Cuci Muka Dengan Betul Dan Berkesan Guna Cleanser Paling Best 


Anda pernah dengar tak skincare yang dijamin 100% selamat dan berkesan? Kalau tak pernah, mungkin di Malaysia memang tak ada.

Tapi ada 1 skincare yang baru masuk pasaran dan berani claim macam tu. Iaitu, YOUTH dari Shaklee.

 Kenapa Shaklee berani claim macam tu? Tak takut ke kena saman kalau tak betul?

 Di US, peraturan macam ni ketat tau. Kalau salah dan berani claim macam-macam memang kena saman. Tapi Shaklee berani claim macam tu sebab produk ni telah dibuat kajian klinikal dan terbukti memberi kesan 100% dan selamat tanpa bahan kimia yang biasanya ada dalam produk lain.

 Kalau nak tau lebih lanjut pasal YOUTH, boleh klik link ini --> YOUTH, Kejayaan Terbesar Industri Kecantikan. Selamat dan Berkesan Tanpa Kompromi.

 Dan kena tengok video ni tau.. Rugi tak tengok


 

Untuk entry ni saya nak berkongsi tentang benda yang paling utama dalam skincare, iaitu cleanser. Kalau orang yang tak ambil berat sangat pasal kecantikan pun, mesti guna cleanser kan? Cuci muka daripada kotoran selepas terdedah sepanjang hari adalah kemestian.

Jom kita teroka kebaikan dan keistimewaan LUMINOUS GEL OIL CLEANSER ni.

Perbezaan Cleanser Youth Shaklee 


Jika kita nak pilih pencuci muka, benda pertama yang sering kita fikir ialah kesesuaian dengan kulit. Sebab saya cakap tadi lah, orang yang tak peduli pasal skincare pun mesti cuci muka. Dah la ni satu-satunya produk untuk muka, tak sesuai untuk muka pula.

Pernah tak, lepas cuci rasa muka kulit jadi cekang, perit dan sebagainya? Itu antara tanda, pencuci muka tidak bersesuaian dengan kulit wajah. Ala... 1 kerja pula nak beli cleaser baru.

Tapi, itu takkan berlaku jika anda pilih Luminous Gel Oil Cleanser. Sebab cleanser ini dicipta khas untuk pelbagai jenis kulit. Tak kira apa jenis kulit wajah anda, tetap boleh guna kerana gabungan gel dan oil dalam 1 cleanser.

Gel Cleanser sangat bagus untuk menyerap minyak pada kulit yang berminyak dan berjerawat disebabkan oleh bakteria. Manakala Oil Cleanser adalah sesuai untuk yang miliki kulit kering dan agak sensetif untuk memberi kelembapan semula kepada kulit wajah.

Kalau kulit normal, sah-sahla sesuai sangat.



Bahan-bahan Utama Luminous Gel Oil Cleanser Youth Shaklee 


1. Muscadine Grape Extract – Kaya dengan polifenol untuk melindungi dan memperbaiki DNA sel dalam masa yang sama menghalang kerosakan kolagen dan elastin.

Anggur ni ada dalam produk Shaklee yang sangat disukai ramai iaitu Vivix. Bayangkan benda yang sangat bermanfaat untuk kesihatan tu kita tepek kat kulit muka.

2. Vital Repair+® Complex – Kaya dengan nutrien anti-oksida dan vitamin-vitamin penting ntuk menghalang radikal bebas dan menggalak tumbesaran sel sihat.

Antara vitamin yang ada dalam Vital Repair ni ialah vitamin C dan E yang diketahui umum sangat baik untuk kulit.

3. Exfoliating Green Algae Complex – Menghaluskan kulit daripada sel mati secara lembut tanpa penggunaan microbeads yang boleh merosakkan sel kulit.

Green Algae Complex membuang kotoran pada kulit wajah tanpa mencederakan sel kulit.


Keistimewaan Luminous Gel Oil Cleanser Berbanding Jenama Lain 


Kenapa anda kena guna sangat cleanser Youth ni? Lagi-lagi kalau memang anda jenis cuci muka saja. Alang-alang nak cuci muka biarlah yang terbaik teruskan?

1. Tindakan 3 dalam 1 – Boleh jadi cuci muka, boleh tanggalkan makeup yang nipis-nipis. Kalau tebal kena cari mekap removal juga lah. Fungsi ketiga ialah sebagai scrub.

2. Tidak mengandungi sabun – “soap free” adalah bagi memastikan pH tidak tinggi seperti sabun. Ini penting untuk menjaga kelembapan kulit secara semulajadi.

3. Diperkaya dengan vitamin – Kaya dengan vitamin yang dipaten dan polifenol untuk kulit yang lebih sihat dan melindung daripada kesan radikal bebas.

Bukan setakat nak cuci kulit daripada kotoran-kotoran je tapi juga nak bagi kulit tu nutrisi. Bayangkan sel-sel kulit dapat zat-zat yang baik secara langsung.

Cara Cuci Muka Dengan Betul Guna Skin Care Paling Best      

Rupanya masih ada yang tak tahu cara betul untuk mencuci muka. Main tonyoh je, atau gosok ala kadar je.


Kulit muka kita ni sangat sensitif tau. So,kalau gosok kasar-kasar sel kulit mudah tercedera. Sebab tu lah kadang-kadang kita rajin cuci muka pun keadaan kulit tetap sama. Ni cara nak cuci muka dengan betul.

Dengan menggunakan 3 jari sahaja, iaitu jari hantu, jari manis dan jari kelingking, cucilah muka mengikut arah dalam gambar yang saya kongsikan.



Jom Cuba Set Youth Shaklee! Hubungi saya untuk mendapatkannya secara eksklusif berserta konsultasi yang terbaik. Juga boleh menikmati harga lebih jimat sehingga 20% dengan menjadi ahli Shaklee. Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Fyda Noh 012 621 1883

Sunday, 8 July 2018

Cara Pakai Skin Care Waktu Siang Untuk Kulit Jeragat

Cara Pakai Skin Care Waktu Siang Untuk Kulit Jeragat



Sebelum anda teruskan bacaan, mesti tengok dulu video di atas yaa..
Sebab dalam video tu saya buat demo penuh bagaimana nak gunakan skin care yang terbaik, iaitu skin care Shaklee yang dijamin bebas 2,500 bahan kimia. Sikit ke banyak ke, bahan kimia yang dibenarkan atau tak dibenarkan. Semua tu tak ada dalam Shaklee.

Mencegah Jeragat Terjadi Adalah Lebih Penting

Jeragat terjadi disebabkan oleh kerosakan pada sel kulit akibat terdedah kepada sinaran UV matahari, proses penuaan, penggunaan kosmetik yang ada bahan kimia. Semua benda tu boleh merosakkan sel kulit. 

Jadi, selain daripada kita nak hilangkan jeragat tu, kita juga nak lindung kulit kita daripada terus rosak.

Shaklee cipta produk yang selamat dan tak ada bahan kimia. 

Produk ni juga menggunakan bahan semulajadi yang ditanam bebas daripada bahan kimia. Baik racun rumpai ataupun racun serangga. 


Bagaimana Produk YOUTH Boleh Bantu Hilangkan Jeragat


Setiap produk YOUTH dari cleanser sampai lah ke krim malam ada bahan aktif. Antaranya ialah anggur muskadin, ekstrak stem sel epal, Schisandra chinensis dan Vital Repair.

Jadi, bahan-bahan di atas membantu memulihkan sel kulit yang rosak dengan membekal nutrien dari luar.



Yang paling best ialah Radiance C & E yang merupakan campuran 20% pure vitamin C & vitamin E sangat berkesan untuk menghilangkan jeragat dan mengembalikan keremajaan kulit. Dah ramai pengguna YOUTH yang berpuas hati tau..


Dan juga, kita ada Age Defence Mosturizer dengan SPF 50 untuk melindungi kulit daripada UV matahari bila kita keluar rumah. Menurut kajian, sebab matahari di Malaysia sangatlah panas, so SPF 50 adalah yang terbaik untuk melindungi kulit.

Inilah masanya untuk hapuskan jeragat anda.


Hubungi Fyda sekarang untuk konsultasi dan pemilihan set yang sesuai untuk anda.

Fyda : 012 621 1883 (www.wasap.my/60126211883)

Friday, 6 July 2018

Produk Skincare Organik Terbaik Malaysia Bebas Bahan Kimia

Produk Skincare Organik Terbaik Malaysia Bebas Bahan Kimia


Kalau anda belum tahu mengenai skincare terbaru Shaklee, anda kena tahu sekarang sebab skincare ni ialah kejayaan paling hebat dalam sains kecantikan.

Produk ini dibangunkan oleh barisan saintis yang diketuai oleh Chris Kyrou, Timbalan Presiden Penyelidikan dan Pembangunan Skin Care di Shaklee Corporation. Sebelum join Shaklee pun memang Chris dah banyak buat kajian dan penyelidakan di syarikat-syarikat yabf tersenarai dalam Fortune 500. Dia dah berpengalaman selama lebih 20 tahun dalam bidang skincare dan kosmetik,

Istimewanya YOUTH sebab dah dipatenkan. Dan janji Shaklee kepada pengguna YOUTH ialah, bukan saja kesihatan kulit akan jadi lebih baik, tapi 100% kulit akan jadi lebih muda.

Apa pentingnya sangat nak patenkan produk? Dulu-dulu pernah ada kekecohan sebab tudung Fareeda kena tiru kan? Kenapa tak boleh tiru? Sebab tu tu dah dipaten. Bila dipaten maksudnya itu hak milik orang atau syarikat yang patenkan tu.

Kalau kita lah kan.. Kita dah reka sesuatu, mestila kita nak patenkan untuk jaga hak kita. Supaya orang tak



Bagaimana YOUTH Berbeza Dengan Skin Care Lain Di Pasaran?


Orang sekarang ni, baik lelaki atau wanita nak cari produk kecantikan yang semulajadi dan selamat. Cabaran dalam bidang kecantikan ni nak hasilkan produk semulajadi dan ada manfaat antipenuaan untuk memberi hasil terbaik kepada customer.

Ramai orang terpaksa terpaksa guna produk yang ada bahan kimia yang dipersoalkan untuk dapat hasil yang diingini.

Tapi dengan YOUTH anda tak perlu risau pasal bahan kimia ni, sebab melalui ujian makmal YOUTH dijamin bebas bahan kimia dan dijamin berkesan juga melalui ujian klinikal.

Keistimewaan Produk YOUTH


YOUTH dicipta untuk bertindak pada sel kulit sendiri dan dicipta untuk menangani pelbagai sebab penuaan kulit.

1. Bila usia meningkat, kadar pembaharuan sel kulit jadi lambat. Sebab tu kulit nampak berkedut dan hilang keserian. Dalam YOUTH, ada Ekstrak sel epal dan Vitamin A Retinol yang lembut untuk meningkatkan pembaharuan sel kulit. Macam sel budak-budak. Sebab tu kulit budak-budak cantik.

2. Bila makin berusia, sel kita dah tak mampu nak angkut nutrien dari darah ke kulit. Dalam YOUTH ada ekstrak buah Shisandra chinensis untuk meningkatkan produk yang boleh angkut nutrien ke kulit.

3. Pada usia 20-an dan ke atas, keupayaan kulit untuk buat kolagen juga berkurang. Kalau kurang kolagen, kulit nampak kusam dan berkedut. Dalam YOUTH ada ekstrak Lotus Japonicus yang merangsang Protein Youth dalam kulit untuk menghasilkan lebih banyak kolagen dan elastin. Kajian menunjukkan YOUTH adalah produk pertama yang menggunakan manfaat Protein Youth.

4. Yang terakhir tapi sangat penting juga, kita bukan je nak meremajakan kulit, tapi nak kena lindung sel kulit daripada rosak akibat persekitaran yang boleh rosakkan kulit.

Pendedahan kepada persekitaran ini termasuk cahaya matahari dan pencemaran bukan saja buat kulit cepat tua, tapi kulit kita akan cepat rosak.

Sebab tu YOUTH dilengkapi dengan polifenol daripada anggur Muskadin, pelbagai Vital-Repair (gabungan nutrien dan vitamin). Kedua-dua bahan ini terbukti melindungi kulit daripada persekitaran yang menggalakan penuaan awal.



YOUTH Diformulasi Dengan 'Free of'' list. Apa Tu 'Free of' List?


YOUTH adalah skin care yang bebas daripada 2,500 bahan kimia yang biasa digunakan dalam Skin Care, baik yang meragukan atau tak diragui. YOUTH boleh dibuktikan secara klinikal memang tak mengandungi apa-apa bahan kimia.

Ini adalah kejayaan terbesar sebab nak buat benda sangat lah susah. Kalau senang, mestilah takda masalah dengan produk-produk kecantikan di pasaran.

Ada juga produk yang claim organik dan diluluskan, tapi sebenarnya turut mengandungi bahan kimia dan jumlah yang dibenarkan. Tapi dalam YOUTH memang takde langsung.

Apakah Indeks Kulit?


Hari tu saya pernah tengok iklan produk kecantikan yang branded la. Katanya dia berkesan, tapi berdasarkan testimoni dan pandangan mata sahaja. Tapi YOUTH dibuktikan dalam makmal menggunakan Indeks Kulit.

Indeks Kulit ni dicipta oleh pakar dalam bidang kulit yang bertaraf dunia dengan kerjasama Dermatologist. Diorang kaji kulit orang dalam kumpulan umur tertentu dan menghasilkan cara untuk kira penampilan kulit secara objektif. Maksudnya ada data dia, bukan main tengok dengan mata kasar sahaja.

Dalam kajian klinikal tu mereka guna 60 wanita yang mana indeks kulit mereka diuji sebelum guna YOUTH. Dalam masa seminggu je, mereka dah muka rasa kulit dah ada perubahan yang baik. 100% wanita tersebut 100% mengalami perubahan kulit yang positif dan 60% daripada mereka kulit jadi 10 tahun lebih muda.

Kini Boleh Cantik Dengan Selamat


Ada orang yang gunakan produk-produk mahal tapi sayangnya tetap tak dapat hasil yang memuaskan. Malah, ada juga yang kulit makin rosak.

Tapi, Shaklee yang menggabungkan sains dan semulajadi mampu menghasilkan produk yang tiada tandingan, selamat dan terbukti berkesan.

YOUTH benar-benar akan menjadi skin care yang memenuhi keperluan pengguna hari ni, untuk dapatkan kesan yang bagus dan selamat tanpa bahan kimia.



Untuk dapatkan skin care yang terbaik untuk anda dengan konsultasi terbaik, boleh hubungi saya, Fyda di 012 621 1883 atau klik wasap ni www.wasap.my/60126211883