Sunday, 22 July 2018

Tips Pilih Pelembap Muka Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Tips Pilih Pelembap Muka Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit


Bila kita makin sibuk bekerja, makan pun tak sempat, kadang-kadang nak cuci muka betul-betul pun tak ada masa. Last-last kulit jadi kering dan kusam dan nampak tak cantik.

Berita gembira untuk anda yang sibuk tapi nak jaga muka. Sebab Shaklee keluarkan produk terbaik - 
 YOUTH Perfecting Skin Toner akan membantu kulit muka yang kering  kembali segar seperti embun menitis pada daun waktu pagi.


Fungsi toner ialah untuk membersihkan kulit dan membebaskan kulit dari sel kusam dan pencemaran alam sekitar.  Toner Shaklee akan membebaskan kulit kita dari sel-sel kusam dan pencemaran alam sekitar.



Konfem tak puas nak menatap wajah sendiri di cermin, bagai menatap bidadari.

Jerawat pun segan nak datang. Dulu muka macam katak puru, sekarang dah macm katak pisang. Licin aje.. Macam cermin, macam mutiara. Kalau nak baca pasal cara nak hilangkan jerawat, boleh baca kat Jerawat Batu Bernanah Cepat Hilang.

rawatan jerawat batu




Kelebihan Toner Shaklee YOUTH Berbanding Toner Brand Lain


Bagi yang dah lama pakai Shaklee, mesti tahu yang sebelum ini ada produk Nutriwhite. 

Tapi Nutriwhite dah digantikan dengan skincare Youth. 


Dulu dalam Nutriwhite pun ada toner juga, sekarang ni toner baru Youth dah dikeluarkan menggantikan produk tersebut. Pakai toner seeloknya di gandingkan dengan serum untuk hasil terbaik. 


Boleh klik sini untuk baca tentang serum yang aktifkan penghasilan kulit baru.

Produk Skincare Shaklee terbaru yang dilancarkan pada 2017 ini, mempunyai lebih banyak kelebihan kepada kulit kita. 

Skincare ini akan memberikan perlindungan lengkap siang dan malam untuk kita semua. Siang pakai krim siang dengan perlindungan terhadap cahaya uv matahari. Malam pula pakai krim malam Shaklee. (Bagus pakai night cream Youth tau, baca review lengkap di sini.)

Skincare YOUTH dari Shaklee dirumus secara khusus untuk menangani pelbagai kesan penuaan kulit.

Bebas dari bahan kimia berbahaya dan selamat digunakan semua golongan usia, termasuklah wanita hamil. Skincare dan suplemen Shaklee memang bagus untuk ibu hamil

Jadi tak tak perlulah tukar skincare masa hamil, tak perlu risau kimia berbahaya memberikan kesan negatif pada anak dalam kandungan.

Yang paling best dalam toner ni ialah kerana kandungan produk botani yang semestinya organik dan bebas daripada racun kimia dan racun serangga.


Bahan Utama Dalam Toner YOUTH Shaklee


1. Anggur Muscadine

Kajian tentang anggur Muscadine ini telah menemui polifenol anggur seperti resveratrol yang penuh kebaikan untuk kesihatan dan sedang dalam dipatenkan oleh Shaklee. 

Anggur muscadine mengandungi sejumlah besar antioksida dan fitokimia yang bermanfaat yang membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan radikal bebas.


Radikal bebas ni kita dapat secara langsung daripada sinar UV matahari dan juga pencemaran sekeliling kita.


Pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin dan antioksida akan membantu kulit kita menghalang kesan negatif dari radikal bebas dan mendapat khasiat untuk nampak cantik dan muda. (Lebih info tentang vitamin shaklee yang bekalkan khasiat untuk kulit cantik.)


Pendedahan kepada radikal bebas ni boleh menyebabkan kulit muka kita cepat tua. 



2. Vital Repair+® Complex – Kaya dengan nutrien anti-oksida dan vitamin-vitamin penting ntuk menghalang radikal bebas dan menggalak tumbesaran sel sihat.

Antara vitamin yang ada dalam Vital Repair ni ialah vitamin C dan E yang diketahui umum sangat baik untuk kulit.

3. Exfoliating Green Algae Complex – Menghaluskan kulit daripada sel mati secara lembut tanpa penggunaan microbeads yang boleh merosakkan sel kulit.

Green Algae Complex membuang kotoran pada kulit wajah tanpa mencederakan sel kulit.



Bila masa terbaik menggunakan Toner Shaklee?

Selepas membasuh muka menggunakan pencuci muka yang sesuai dengan kulit kita, liang roma kulit akan terbuka dan mengeluarkan segala kotoran dan bakteria.

Selepas ini, masa terbaik menggunakan toner untuk memerangkap lembapan di dalam kulit.


Boleh klik sini pencuci muka yang best dan sesuai dengan semua jenis kulit.


Gunakan kapas muka yang bersih dan sapu dengan lembut ke seluruh kulit muka. Gunakan 2 kali sehari setiap hari. Dan hasilnya pasti memuaskan hati anda.


7 Kelebihan Menggunakan Toner Dengan Betul Kepada Kulit Muka Kita

Ada banyak kelebihan yang kita perolehi jika rajin memakai toner.

1. Toner akan mengecilkan saiz bukaan liang-liang roma.

Lepas kita cuci muka, pori-pori di muka akan terbuka. Jadi, bila kita sapu toner, dia akan trut mencuci minyak pada muka kita dan mengecilkan pori yang terbuka.


2. Toner akan mengembalikan keseimbangan pH kulit kita.


Kulit kita secara semula jadi adalah berasid, dengan pada kebiasaannya mempunyai keseimbangan pH antara 5 dan 6.


Setiap kali kita membasuh muka kita dengan sabun pembersih wajah, keseimbangan ini akan terjejas disebabkan oleh sifat alkali sabun tersebut. 


Untuk kembalikan pH asal kulit, mungkin kulit perlu keluarkan lebih banyak minyak. Sebab tu kadang-kadang kulit kita rasa lebih berminyak lepad dicuci. 


Penggunaan toner dapat memberikan keseimbangan ini dengan cepat. 


Boleh klik sini untuk cleanser yang menjaga keseimbangan pH kulit.


3. Toner akan menambah lapisan perlindungan kulit.


Toner membantu menutup liang roma dan mengetatkan jurang sel selepas pembersihan dilakukan.


Ini sekali gus mengurangkan kekotoran dari alam sekitar masuk kembali ke dalam kulit. Toner juga adalah skin care yang sangat penting utnuk dipakai bila anda bekerja di lapangan ataupun sedang melancong. 



4. Toner memerangkap lembapan.

Sesetengah toner, seperti YOUTH Perfecting Skin Toner bersifat humectants, yang membantu memerangkap lembapan di dalam kulit.


5. Toner menyegarkan kulit.

Bagi wanita yang aktif dan bekerja di lapangan, mungkin kulit wajah akan lebih terdedah kepada pencemaran. Muka senang berminyak atau kotor. 


Toner sangat sesuai digunakan untuk menyegarkan kembali kulit kita walaupun semasa sedang dalam perjalanan.


6. Toner Untuk Detoks Kulit

Zaman sekarang ni, serba serbi bahan kimia digunakan dalam makanan dan produk harian.
Hasilnya, toksin yang menjejaskan kesihatan dan penampilan kulit.

Toner muka yang bagus akan berfungsi untuk menghilangkan toksin atau racun yang berasal daripada alam sekitar seperti asap dan bahan kimia lain yang melekat pada kulit kita sepanjang berada di luar. 


7. Kurang Masalah Jerawat.

Jerawat terjadi apabila pori muka tersumbat dengan kotoran dan berlaku keradangan  ataupun disebabkan oleh jangkitan bakteria. 


Fungsi toner ialah mencuci ke dalam pori untuk buang kotoran dan juga mengecilkan liang pori supaya tidak memerangkap sebum. 



Amaran & langkah berjaga jaga semasa menggunakan toner Shaklee.



Toner ini mestilah di elakkan dari bersentuhan dengan mata semasa menggunakannya.




Kesimpulan

Sekiranya kita inginkan kulit yang lebih bersih tanpa masalah jerawat, boleh pertimbangkan untuk menggunakan toner.

Penggunaan toner bersama sama dengan pencuci muka yang sesuai akan membantu kita menyelesaikan masalah jerawat di masa akan datang.


Apa yang penting, kita disiplin dalam menggunakannya.


Jom Cuba Set Youth Shaklee! Hubungi saya untuk mendapatkannya secara eksklusif berserta konsultasi yang terbaik. Juga boleh menikmati harga lebih jimat sehingga 20% dengan menjadi ahli Shaklee. Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Fyda Noh 012 621 1883 (www.wasp.my/60126211883)


No comments:

Post a Comment